Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 September 2012

Terkini : ASTRO Pula Siar Filem Haram Tayang di Malaysia


Astro sebagai sebuah syarikat yang beroperasi di Malaysia perlu menghormati sensiviti umat Islam. Dengan menayangkan cerita menghina Agama yang telah diharamkan Kerajaan kita sejak dari 2003.

Kita tidak tahu apakah mesej tersirat mereka buat? Samada tidak sengaja atau sengaja untuk dimohon maaf kemudian seperti Ngeh Koo Ham ?

Baca lagi kupasannya oleh Cucu Tok Selampit di sini






CTS mendapat maklumat filem kontroversi, Bruce Almighty telah mendapat tempat penayangan di saluran 413 Fox Movie bermula tayangannya pada 28/09/2012 bermula jam 10.00 pm selama 105 minit. Sewaktu posting ini disiarkan filem ini sedang ditayangkan di saluran yang sama bermula 8.45 pm. Filem lakonan Jim Carey ini telah diharamkan penayangannya oleh Kerajaan pada penghujung bulan Julai 2003. Perkara pengharaman berkenaan telah diumumkan oleh akhbar-akhbar utama negara seperti Utusan Malaysia, (lihat sini) dan lain-lain, oleh Timbalan Menteri Kemeneterian Dalam Negeri pada waktu itu, Datuk Chor Chee Heung. 

Sebelum ini, stesen radio MIX FM milik ASTRO pernah ditegur kerana mengajurkan peraduan di radio itu yang berlangsung bersama Buena Vista International (pengedar filem itu) pada tahun yang sama bersempena promosi tayangan pawagan filem itu. Filem Hollywood lakonan Jim Carrey itu mengisahkan seorang lelaki diberi tanggungjawab untuk menjadi Tuhan dalam tempoh seminggu. CTS berharap pihak SKMM dan KDN lebih peka dengan isu ini. Tambahan pula, sehari dua ini kita dilonggokkan dengan pelbagai isu yang menghina Agama. Pihak ASTRO harus meminta maaf dan menghentikan siaran ulangan filem berkenaan yang ditetapkan waktu tayangnya pada 01 Oktober 08.45 pm, 04 Oktober 12.30 pm dan 05 Oktober 06.00 pm.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2012/09/astro-tidak-peka-menayangkan-filem-yang.html#4z8PXO2OAP6LQMoq.99 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelik lah. Ini filem pasai kisah kepercayaan orang kristen. Apa pulak kaitan dgn org islam? Itu hal dia la. Kita concentrate saja utk terus boikot Innocence of Muslim..

Cari Blog Ini

Translate