Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 September 2012

Pak Habib : Pemimpin Perlu Menyumbang Bukan Buat Kerja Sumbang



Panglima :
Pemikiran, kupasan dan susun kata Pak Habib Al Attas sememangnya memikat sesiapa sahaja yang membacanya. Tanpa ada emosi keterlaluan, beliau sangat bersahaja namun bijaksana menerangkan mesej nubuwwah ke dalam hati pembaca. 

Justeru sebagai tokoh yang dikagumi panglima dalam segala aspek, khususnya bab penulisan, panglima di sini ingin dedikasikan tulisan beliau yang sarat dengan berbagai kritikan kepada pembaca agar kita dapat menimba ilmu dari pemikirannya. 

Ibarat air sungai sejuk yang mengalir dari gunung turun ke taman hati manusia yang kepanasan dihimpit jerebu, kepanasan dan keperitan hidup jauh dari Tuhan. 

Bacalah tulisan beliau moga kita dapat menikmatinya.





Seluruh taman dihiasi dengan lampu yang berwarna-warni, di bawah khemah terdapat para penduduk kampung yang diundang untuk menyaksikan jenaka bangsawan dengan percuma dan yang terpenting setiap kali saya mengadakan majlis, keutamaan diberikan kepada lebih kurang 50 anak yatim di rumah anak yatim yang menjadi jiran saya.

Tidak beriman mereka yang boleh tidur nyenyak jika ada jirannya yang tidur dalam kelaparan.”
-Imam Ali K.W.J


Saya berterima kasih kepada Datuk Liew yang dalam kesibukan, masih sanggup hadir di satu majlis kecil di sebuah kampung Melayu yang terpencil di tengah hutan rimba di pergunungan Banjaran Titiwangsa. Kenapa agaknya saya mengundang Menteri Kesihatan hadir ke Majlis Kesenian? Orang bukan Melayu pula. Apakah kerana saya suka menimbulkan kontroversi? Liew Tiong Lai yang baru menang Naib Presiden MCA, bekas Setiausaha Politik Datuk Lim Ah Lek mantan Ahli Parlimen Bentong tidak banyak protokol, tidak banyak songeh. Mungkin dia tahu yang mengundang sunat, yang menerima undangan wajibhadir. Berhentilah menjual insya-Allah sebagai alasan.


Berapa ramai pemimpin kita yang bila diundang di saat terakhir tidak sampai seminggu hendak mengadakan majlis melalui telefon genggam sanggup datang, melainkan undangan itu datang dari Pak Lah, Najib dan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong, hendak hidup.

Kita hormat pemimpin bukan kerana gelaran Yang Berhormat tetapi yang mesra rakyat, yang tahu tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat.


http://shalattas.blogspot.com/2012/09/pemimpin-yang-menyumbang-yang-buat.html


Baca lagi : 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate