Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 September 2012

MT UMNO Puad Zarkashi Dedah Kos Parking Jet Peribadi Cecah RM 50 Ribu Sehari - Wow !

Jet bukti 'cakap tak serupa bikin'

BATU PAHAT 25 Sept. - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki jet eksekutif bersama pemimpin pembangkang lain disifatkan sebagai 'cakap tidak serupa bikin' kerana mereka telah bermewah-mewah meskipun belum menakluk Putrajaya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tindakan itu jelas bercanggah dengan prinsip perjuangan untuk rakyat yang sering dilaungkan pembangkang.

"Saya ada kawan yang ada jet peribadi. Dia 'parking' satu hari sahaja di lapangan terbang Taiwan tetapi perlu membayar RM50,000 dan ini tidak termasuk minyak dan sebagainya.

"Saya tidak tahu di Malaysia berapa bayarannya, tetapi kalau dipinjamkan, kita kena siasat kenapa orang itu sanggup pinjamkan. Apakah tidak ada unsur-unsur kroni? Mungkinkah dia dapat projek besar di Selangor atau Pulau Pinang?" katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate