Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 September 2012

Kejatuhan Saham FGVH vs Kerugian RM 45 Juta Saham Kohilal - Wajib Baca


Ketika artikel ini hampir siap ditulis, harga terkini saham FGVH ialah RM4.83 untuk seunit. Peningkatan 0.26 sen berbanding harga terendahnya berikutan langkah KWSP & PNB membeli semula saham-saham di pasaran secara berperingkat ketika harganya rendah.
Sementara itu keuntungan yang diperolehi oleh KWSB & PNB hasil penjualan saham pula dapat dinikmati oleh ahli-ahli mereka termasuklah anda yang mencarum dengan KWSP dan mereka yang melabur dengan unit saham milik PNB.
Manakala di pihak FGVH pula keuntungan dari urus niaga saham-saham tersebut dikongsi sama dengan para peneroka di seluruh negara. Tiada tanah tergadai, tiada bantuan diabaikan sebaliknya nikmat keuntungan dan kesejahteraan dinikmati semua. Win-win situation.

http://www.desaku.com.my/codenavia/portals/telecentre/code/objects/resizeimage/image.php?image=/codenavia/portals/telecentre/images/telecentre/news/13435304821931.jpg&cropratio=1.33:1&width=300&height=226&width=300&height=226
Untuk makluman, pada akhir Ogos lalu seramai 112,635 peneroka FELDA telah menerima pemberian dividen interim sebanyak RM400 hasil daripada keuntungan penyenaraian saham FGVH. Dua bulan sebelum itu, setiap keluarga peneroka FELDA turut menerima durian runtuh wang tunai RM15,000 yang dilakukan dalam tiga fasa.

Manakala itu, bermula 1 September lepas pula pihak Felda telah mengambil alih pinjaman bank yang dibuat oleh peneroka bagi membeli 800 unit saham FGVH dan hanya perlu membayar RM50 sahaja setiap bulan kepada FELDA.
Bukankah semua nikmat ini hasil kebijaksanaan dan pandangan jauh sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan tentunya tak terjangkau dek akal sejemput milik para pemimpin dan penyokong pembangkang.

Rata-rata penyokong pembangkang di FELDA hanya tahu komplen 24 jam tapi bila ada hasil dari penyenaraian saham FGVH, suku sakat merekalah antara yang paling ke depan menebalkan muka untuk menikmatinya. Bila kena boo oleh rakan-rakan sendiri, tahu pula marah.

Penulis yakin pakatan pembangkang khususnya PAS dan NGO proksinya, ANAK akan terus melakukan spekulasi dan propaganda murahan untuk mencipta fantasi dan halusinasi palsu di minda rakyat terutama para peneroka.
Namun selagi KWSP dan PNB kekal sebagai pemegang saham terbesar, harga saham tidak akan jatuh merudum sebagaimana dipropagandakan oleh pembangkang.

Lagipun, di antara FGVH yang sudah terbukti berada dilandasan yang betul dan menguntungkan pelaburnya termasuklah memberi limpahan manfaat untuk 112,635 peneroka FELDA tentulah amat tidak kena sama sekali untuk menerima pakai pula pandangan tahyul dari PAS yang koperasi miliknya KOHILAL telah mengalami kerugian lebihkurang RM45 juta membabitkan wang miliki 89,000 ahlinya di seluruh negara. Tak gitu?

Sumber http://www.mykmu.net/?p=23315

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah turun lagi ... 4.61 .... aper cer .... ha ha ha

Cari Blog Ini

Translate