Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1433 Hijrah - @Anwaribrahim Minta Maaf Kepada @NajibRazak ???


Assalamualaikum wrt wbt dan salam 1Malaysia.

Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan puan yang masih sudi singgah di blog hamba dari dulu hingga kini. Sokongan atau kedatangan tuan puan ke blog hamba membuktikan sokongan kepada apa jua bahan yang disiarkan. Walaupun ada juga yang datang sekadar mahu membaca tanpa mahu membuka akal fikiran menerima kebenaran yasng disiarka

Semalam suasana sangat meriah dan penulis merasa sangat gembira dengan tradisi yang disambut mengeratkan hubungan sesama sanak keluarga. Ramai yang sudah lama tidak bersua sudah kembali dijabat tangannya. Perjalanan Jumaat malam sebelum tiba pada pagi Sabtu lalu berbaloi dengan keindahan suasana bersama ayahanda dan bonda serta keluarga di kampung.
               
               Gambar di Masjid An Nur Pasir Pekan tempat solat Hari Raya Panglima semalam


Lantaran itu penulis memohon maaf kesuntukan masa ekoran pulang ke desa selain berhari raya mengganggu proses untuk mengemaskini blog seperti biasa. Selain masalah talian YES 4G penulis yang baru sahaja  'pulih' dari kecederaannya. Apa yang boleh dibanggakan wakil YES 4G di Kelantan sangat bagus khidmatnya membantu penulis menyelesaikan masalah setting modem huddle yang dialami.

Sempena kedatangan hari baik ini penulis ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun atas sebarang kesilapan yang mungkin disengaja atau tidak disengajakan. Semoga kebenaran yang kita cari dan pegang akan tersebar dengan berkat keikhlasan kita menjulangnya ke angkasa Insya Allah.


Gambar Perkuburan Kg Pasir Pekan Tumpat Kelantan Lokasi Moyang 
Dan Saudara Mara Panglima disemadikan

Jangan lupa hari lebaran ini banyakkan berinteraksi dengan sanak saudara jangan dilayan media maya semasa berziarah ke rumah mereka. Adab ziarah ikut sunnah seperti berbicara memandang muka dan anak mata perlulah diamalkan.

Semasa membelek blog yang sempat dijenguk terkejut juga melihat permohonan maaf Anwar Ibrahim kepada Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang disiarkan di blog beliau malam menjelang Hari Raya.



Meskipun tidak percaya namun taktik menuduh UMNO menggodam akaun blog beliau antara skrip yang dapat diramalkan. Katanya Anwar sudah menaikan beliau meminta maaf, sama seperti kes China Doll dan Liwat Saiful yang juga dinafikan walaupun ada video rakaman sebagai saksi kejadian dan sudah disahkan kebenaran kandungannya oleh pihak luar negara.

Terpulang kepada anda jika mahu percaya atau tidak namun jangan mudah menolak tanpa mengkajinya terlebih dahulu.

Ada otak pakai...Ada tangan tulis dan jika ada hati timbanglah dengan cermat agar keputusan tepat diperolehi.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate