Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Ogos 2012

Naib Presiden UMNO DS Dr @Zahid_Hamidi Sebut Hanya 15 % Janji Pembangkang Ditepati Dan Lainnya Dimungkiri !!!


Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan Pingat Jasa Pulai 2012 diperhatikan oleh Nur Jazlan Tan Sri Mohamed (tengah) sempena Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pulai Ke-25 di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi, Johor Bahru, semalam. - utusan/Baazlan Ibrahim



JOHOR BAHRU 26 Ogos - Pakatan pembangkang gagal menunaikan lebih daripada 85 peratus janji kepada rakyat yang 'ditabur' mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat, kerajaan negeri di bawah kepimpinan pakatan pembangkang hanya berjaya menunaikan tidak lebih 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat.

"Mereka sudah diberi peluang untuk memerintah negeri tetapi tidak dapat melaksanakannya, macam mana kononnya mereka mahu diberi peluang menuju ke Putrajaya?" katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini hari ini.





Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Terbau, Datuk Abdul Halim Suleiman. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) sehingga kini sudah berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak pilihanraya umum pertama 1959 ketika di bawah Parti Perikatan.

Beliau mengakui terdapat kelemahan sebanyak 13 peratus dalam menunaikan janji yang dibuat dan tidak mustahil pekara itu akan dibawa ke Pilihan Raya Umum Ke 13 tidak lama lagi dan meminta rakyat menilai sendiri serta menolak parti yang disifatkan sebagai pembohong kerana tidak menunaikan manifesto pilihan raya.

Katanya, kerjasama tiga parti dalam pakatan pembangkang adalah ibarat perkahwinan mutaah yang bersifat sementara kerana mereka hanya memerlukan satu sama lain pada waktu pilihanraya dan hubungan tersebut tidak bertahan lama disebabkan agenda masing-masing yang berbeza.

"Kita lihat seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang, DAP cuba menguasai lebih daripada dua pertiga kerusi di sana selain mahu menjadi parti tunggal di negeri itu.

"Adalah lebih baik PKR dan PAS meninggalkan DAP dan menjadi entiti berasingan kerana mereka tidak jujur dalam menterjemahkan kesepakatan yang terjalin dan kaedah yang sama juga akan dilakukan jika mereka menguasai Putrajaya," Katanya lagi.

sumber : Utusan Malaysia


Panglima : Janji Ditepati adalah slogan paling tepat untuk mematahkan penipuan pembangkang dan analisa pertama kali didedahkan kepada masyarakat oleh Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan di atas, setakat yang diketahui oleh penulis merupakan tindakan secara ilmiah yang pertama kali mendedahkan berapakah peratusan yang sebenar yang gagal ditunaikan oleh pembangkang berbanding apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan.

Perkara ini nampak kecil tetapi besar di sisi Islam kerana hakikat keimanan seseorang bergantung kepada tiga perkara utama iaitu bercakap benar, janji ditepati dan diberi amanah ditunaikan.Seperti disebut oleh Rasulullah.

Tiga perkara ini beza utama antara orang beriman dan munafik. Sayugia diperhalusi perkara ini kerana setakat yang kita saksikan pada pentas politik tanah air hari ini menunjukkan banyak ciri munafik terletak di dalam perlakuan dan janji yang dilontarkan oleh pembangkang. Tidak termasuk skandal sana sini pihak mereka yang meloyakan tekak kita untuk menyebutnya kerana kejijikan yang terkandung di dalam perbuatan tersebut.

Akhir zaman fitnah sangat berleluasa seperti malam yang kelam. Maka mahu tidak mahu kita perlu mencari cahaya dari bimbingan Ulama sebenar agar tidak terkeliru dengan kebejatan fitnah yang merosakkan manusia termasuk orang Islam.

Jika 85 peratus tidak ditetapi dan hanya 15 peratus sahaja yang mampu ditunaikan maka jangan percaya lagi kepada janji dan juga Pakatan sebegini. Janji Buku Jingga idea mereka  juga sudah tentu tidak akan mampu dilunaskan jika mereka menang dalam PRU akan datang. 

Lihat di Kelantan WALAU PARTI ISLAM namun janji demi janji ditaburi dan diingkari dimungkiri walau sudah 21 tahun memerintah negeri dulunya bergelar Serambi Mekah itu.

Maka undilah Barisan menepati Janji dari Pakatan yang memungkirinya walau mendapat undi rakyat...

Orang beriman tidak semestinya berjubah berserban !!!


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate