Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Ogos 2012

Ini Resit Bukti PAS Terima Zakat aka Infak Wajib ??? Harap Mursyidul Am PAS @NikAbdulAziz Dapat Jawab


sumber http://jawaber6.blogspot.com/2012/08/panas-raya-pas-songlap-duit-zakat-fitrah.html


Pertama sekali penulis tidak terkejut dengan berita bahawa PAS menerima wang zakat yang sama erti Infak Wajib seperti bukti di atas.

Lihat bagaimana selama ini institusi masjid cuba dilumpuhkan dengan pembinaan markas PAS yang dijadikan pusat untuk beribadat seperti yang anda dapat lihat di seluruh negara.

Selain tindakan menjadikan padang dan kawasan lapang sebagai tempat bersolat menjadikan masjid tidak lagi dipenuhi dan dipinggirkan secara tidak langsung oleh mereka.



Asas penubuhan PAS sendiri tidak berlandaskan ajaran Islam kerana ia dibina berasaskan matlamat menyaingi jemaah pertama umat Islam iaitu UMNO.

Bahkan ulama juga dihina oleh golongan ekstrim di dalam PAS seperti yang menjadi mangsanya ialah Tan Sri Harussani Mufti Perak dan juga Mufti lain yang berani berkata benar walau bercanggah dengan perjuangan PAS.

Kekalahan di dalam pemilihan menjadikan PAS ditubuhkan bukan kerana ingin menegakkan keadilan atau perundangan Islam. Baca tentang perkara ini yang diulas oleh Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri di sini http://www.khabarkotabharu.com/niat-menentukan-perbezaan-pas-dan-umno/

Lantaran itu tidak pelik bila parti menentang hukum Islam dijadikan rakan seperjuangan melebihi parti Islam Melayu seperti UMNO



Sehingga mantan Timbalan Presiden PAS sendiri meminta perkara ini dikaji semula agar asas perjuangan PAS kembali seperti asal yang diwar-warkan.

Sejarah seperti ini perlu dikorek kembali kerana jika tidak ramai akan keliru dengan status penubuhan parti bertemakan Islam walaupun asas pemerintahannya atau perjuangan politiknya tidak ada keseriusan untuk menegakkan Islam. Seperti bukti di sini :



Lihat bagaimana masjid dibina sebuah sahaja sepanjang dua puluh tahun memerintah Kelantan di saat beberapa tempat ibadat agama lain semakin subur dan besar melebihi masjid di Kelantan.

Perkara seperti ini perlu diperhalusi dan direnung kembali di setiap ketika termasuk ketika Aidilfitri.

Memberi ingatan adalah tugasa setiap orang yang beriman walau di ketika meraikan kejayaan menentang nafsu di hari lebaran.

Selamat hari raya dan teruskan perjuangan demi Alif Ba Ta.

Baca juga fatwa songsang Nik Aziz jika anda ada masa di blog rakan panglima

http://keris7lok.blogspot.com/2012/08/himpunan-fatwa-songsang-nik-aziz-yang_20.html

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate