Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Ogos 2012

Fakta Mengenai Selsema

Selsema – Punca Hidung Tersumbat | Kesukaran bernafas akibat hidung tersumbat antara gangguan paling lazim pada kanak-kanak dan orang dewasa. Ia bukan saja menyebabkan ketidakselesaan, malah pernafasan menjadi lebih pendek kerana perlu bernafas melalui mulut. Walaupun masalah hidung tersumbatatau selsema adalah perkara biasa, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian jika berlaku pada bayi yang boleh alami kesukaran untuk bernafas atau menyusu.Segera dapatkan nasihat doktor kerana bayi yang baru berusia beberapa bulan belum pandai bernafas melalui mulut.

Hidung tersumbat berlaku apabila tisu dan saluran darah dalam hidung membengkak dan mengandungi banyak cecair atau jika membran hidung terlalu kecil.

Punca Hidung Tersumbat

Jangkitan – Secara purata, setiap individu dewasa mendapat 2 hingga 4 kali selsema dalam setahun akibat jangkitan virus. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian biasanya lebih kerap mendapat selsema kerana daya ketahanan badan mereka masih lemah. Virusselsema biasanya menjangkiti melalui sentuhan tangan ke hidung.

Alahan – Biasanya ia merujuk kepada alahan rinitis.Perkataan 'rinitis' bermakna keradangan pada hidung dan membran hidung. Ada banyak alergen (agen yang menjadi perangsang alahan) seperti habuk, debunga, bulu haiwan peliharaan atau sel kulit serangga yang mati. Justeru, setiap individu yang ada masalah alahan perlu tahu bahan mendatangkan masalah kepada mereka.

Langkah untuk mengurangkan gejala hidung tersumbat :

Tutup sebelah lubang hidung dengan menekannya menggunakan ibu jari. Hembus nafas perlahan-lahan. Ulang teknik ini untuk sebelah lagi sehingga anda boleh bernafas dengan lebih selesa.

Semburan hidung secara umumnya selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Jika tidak pasti, rujuk doktor terlebih dulu sebelum menggunakan sebarang produk.

Minum banyak air, terutama sepanjang siang.

Masalah hidung tersumbat biasanya lebih teruk apabila anda baring. Justeru, tinggikan sedikit kepala anda ketika tidur. Kaedah ini sangat berkesan pada kanak-kanak.

Anda boleh menggunakan pelekat pada hidung yang dijual di farmasi. Walaupun pelekat hidung ini direka untuk mengatasi masalah berdengkur, ia juga boleh digunakan untuk masalah hidung tersumbat kerana membantu meluaskan rongga hidung yang membuatkan pernafasan lebih lancar.


Fakta Mengenai Selsema dipetik dari
http://melayukini.net/


Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate