Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Julai 2012

Pasangan Bercerai Kerana Politik Di Kelantan Sedia Rujuk Kembali



Yahya Dan Hasnah Sedia Rujuk Kembali

PASIR MAS – Sehari selepas penceraian ada sinar baru buat pasangan warga emas, Che Hasnah Che Ahmad, 61, dan bekas suaminya, Yahya Ibrahim, 78, apabila masing-masing menyatakan kesediaan untuk kembali bersama.

Che Hasnah berkata, jika bekas suaminya ikhlas mahu menyambung semula kasih sayang antara mereka, dia sedia kembali taat sebagai isteri.


Guru al-Quran di Kampung Cabang Tiga Chetok itu berkata, pintu hati suaminya tidak tertutup memandangkan sebelum ini, tidak pernah berlaku persengketaan besar.
“Saya akan menurut semua kemahuannya, tetapi saya tidak akan tunduk sekiranya dia menyuruh untuk mengubah haluan (masuk Pas).
“Jika dia (Yahya) kata saya tidak ikut acuan Islam, biarlah Tuhan sahaja menentukannya dan bukannya di tangan sesama manusia,” katanya ketika menerima kunjungan Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa.
Semalam, Sinar Harian melaporkan, bekas suaminya, memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah pada 24 Jun lalu dan menjatuhkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud.
Sementara itu Yahya berkata, perceraian ini bukanlah berpunca daripada perbezaan politik, sebaliknya ia membabitkan kekuatan agama masing-masing.
Bekas anggota keselamatan ini juga menafikan punca perceraian disebabkan tindakan bekas isterinya itu menghadiri ceramah dihadiri bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Ali.
Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa berharap perkara ini tidak lagi dipanjangkan.
“Saya harap kedua-dua pihak berbaik semula terutama menjelang Ramadan tidak lama lagi,” katanya.- Sinar Harian

Dalam laporan Utusan Malaysia bekas suami beliau memberitahu :


Cerai isteri bukan sebab politik

KOTA BHARU 12 Julai - Bekas suami seorang guru agama, Yahaya Ibrahim, 78, menafikan menceraikan isterinya itu disebabkan perbezaan fahaman politik.

Lelaki itu sebaliknya mendakwa, dia menceraikan Che Hasnah Che Ahmad, 61, kerana bekas isterinya itu telah sesat akibat tidak mengamalkan ajaran Islam.

Dia bagaimanapun berhasrat untuk rujuk tetapi dengan syarat wanita itu mesti kembali kepada ajaran Islam.

"Cerai bukan sebab politik tapi dia sudah sesat. Ia bukan setakat solat lima waktu tetapi banyak aspek yang menyesatkan.

"Saya cerai sebab dia tidak ikut cara Islam seperti ajaran Nabi Muhammad SAW, seperti yang dikehendaki oleh Allah," katanya di sini hari ini.

Ketika diajukan soalan apakah yang dilakukan oleh bekas isterinya itu yang bercanggah dengan ajaran Islam, Yahaya bagaimanapun enggan mengulas....

http://www.utusan.com.my/ 


Panglima : jika berdamai maka itu lebih elok. Dalam berpolitik jangan mendabik dada diri kita yang benar dan pihak lain tidak benar. Serahkan keputusan itu kepada Allah Taala dan jangan menjadi hakim kepada perkara yang kita sendiri tidak tahu. 
Politik jangan dijadikan punca kepada perkara yang sangat dimurkai Allah iaitu penceraian. Sayang seorang guru agama diceraikan kerana menghadiri ceramah menguatkan akidah oleh mantan Naib Presiden PAS Datuk Dr. Hassan Ali. 


Jika sekali imbas jelas 'DNA'  perkataan beliau datangnya dari 'keturunan ilmu' yang dikutip di ceramah pemimpin PAS, menguasai minda lelaki ini. Kerana kita telah mendengar sendiri bagaimana UMNO disesatkan kerana tidak membuat HUDUD, dan dikatakan menolak Al Quran dan Sunnah. Sedangkan perkara sebaliknya berlaku. 


Lihat senarai jasa UMNO kepada Islam (link blog di bawah ) yang mana jika anda fikir dengan lojik sahaja anda boleh lihat betapa ramainya manusia memenuhi masjid-masjid bersolat serta tangkapan demi tangkapan mencegah maksiat serta amalan rasuah yang dilarang keras oleh Agama Allah. 


http://sarjanhassanjr.blogspot.com/2011/04/jasa-umno-kepada-islam.html

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tinggal rumah tidak berkunci
Kerana terlupa membawa mangga
Bila mereka rujuk kembali
Adakah pas akan bagi syurga!

Cari Blog Ini

Translate