Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Julai 2012

Gambar-Gambar @NajibRazak Yang Pasti Kalahkan @Anwaribrahim Tanpa Perlu Berdebat !!!














Jika anda percaya Kerajaan Malaysia pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib bin Tun Ab Razak adalah benar dan boleh dipercayai harap dapat sebarkan perkara ini... Terima kasih.

Berikut janji yang masih belum ditunaikan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat.

[untitled.bmp]




Baca berita PM ulas janji-janji palsu yang masih tidak ditepati PR

BANGI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan pendekatan 3K kepada rakyat Selangor sebagai janji Barisan Nasional (BN) jika parti itu kembali diberi mandat untuk menerajui negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, pendekatan itu dibuat ekoran kegagalan Pakatan Rakyat Selangor menunaikan janji-janji pilihan rayanya kepada rakyat.  

Katanya, 3K yang dimaksudkan adalah Keamanan dan Keselamatan, Kestabilan dan Keharmonian serta Kemakmuran dan Kemajuan bagi melonjakkan lagi nikmat pembangunan yang dikecapi rakyat Selangor yang kini diabaikan pembangkang.

"Mereka (pembangkang) membuat pelbagai janji sebelum pilihan raya 2008 untuk memenangi hati dan mempengaruhi pemikiran rakyat tetapi mereka gagal menunaikannya," kata Najib.

"Saya nak tanya, rakyat Selangor nak tanya, apa dah terjadi kepada janji-janji tersebut, apakah janji-janji itu sekadar tinggal janji ataupun janji dibibir sahaja macam lagu Hetty Kos Endang "janji tinggal janji, hanya dibibir sahaja".

"Jelas sekali bahawa mereka telah gagal menunaikan janji, kalau dalam pilihan raya umum lalu PR pernah berjanji untuk mengurangkan cukai pintu di Selangor sebanyak 20 peratus, bukan sahaja tidak dilakukan tetapi saya difahamkan dibeberapa kawasan seperti Kampung Baru Batu 11 Cheras, Kampung Baru Serdang telah menerima notis kenaikan cukai pintu," katanya sempena Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor di Teras Jernang, Bandar Baru Bangi disini hari ini.

Jelasnya, pakatan pembangkang dalam manifestonya pernah berjanji akan membuka tabung permulaan sebanyak RM100 bagi setiap kelahiran anak Selangor.

Bagaimanapun, sehingga hari ini masih  tiada bantuan atau tabung diberikan kepada anak-anak tersebut.

Malah, bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri, bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan prasekolah, elaun kepada ibu-ibu tunggal yang layak dan elaun khas kepada suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka sekiranya diberi amanah memerintah negeri Selangor juga gagal dilaksanakan sepenuhnya.

"Saya kira banyak juga bayi yang sudah lahir dan bayi ini akan tuntut mana RM100 kalau tak bayi itu tuntut mak bapa akan tuntut. Kita akan tuntut daripada kerajaan negeri Selangor mereka juga janji bantuan elaun RM75 sebulan bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak. Bantuan RM50 seorang bagi pendidikan pra sekolah, rakyat selangor nak tanya di mana letakknya janji tersebut," ujarnya.

"Saya nak tanya setiap ibu tunggal di Selangor, mereka kata hidup dalam keadaan susah, mana janji mereka (PR) pada ibu tunggal, anak tadika, malah kalau tiada pinjaman PTPTN, Unisel tidak boleh hidup sama sekali. Unisel hidup kerana kerajaan BN membantu mereka,"tegasnya.

Menurut Najib, pendekatan 3K yang diamalkan Barisan Nasional (BN) sejak 55 tahun adalah bukti kerajaan akan terus menunaikan janjinya kepada negara dan rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, pendekatan 3K itu sejajar dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang bertemakan 'Janji Ditepati'.

"Janji ditepati bukan hanya perkara sehari atau dua hari saja tetapi ia telah dilaksanakan BN sepanjang tempoh 55 tahun. Slogan Janji Ditepati bukan perkataan semata-mata.

"Tiada keperluan mempolitikkannya tetapi untuk kami membantu rakyat," katanya ketika berucap pada jelajah BN di Bandar Baru Bangi.

Terdahulu, Najib bertemu dengan penduduk dan menikmati sarapan pagi di Pasar Seksyen 1 Bandar Baru Bangi.



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate