Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Julai 2012

Blogger @Keris7Lok Ulas Ahli DAP Sertai Dewan Himpunan Penyokong PAS !!!


Tulis Keris7Lok :

Saya tak tahu nak kata bagaimana kepada pemimpin PAS. DAP sedang masuk dalam PAS secara halus. Saya memang tak setuju DHPP ditubuhkan sejak dari dahulu lagi! - Aslam, Penyokong PAS


Itu kata-kata yang Keris terima setelah berbual dengan saudara Aslam yang juga bekas Ketua Pemuda PAS di satu cawangan yang negerinya terpaksa dirahsiakan. Rupa-rupanya penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS tidak dipersetujui oleh beberapa ahli-ahli tidak berjawatan di dalam PAS. 

Mereka merasakan bahawa kehadiran DHPP sebenarnya adalah untuk membawa doktrin DAP sebab kebanyakan daripad pemimpin DHPP merupakan bekas DAP juga. Maka mereka ini sendiri sudah bimbang kerana khabar angin DHPP meminta kerusi untuk bertanding atas tiket PAS dan ada jawatan dalam PAS membuatkan mereka rasa terancam.



Kita pasti DAP memang tidak mahu PAS belot dan tidak mustahil DHPP adalah idea mereka untuk mengawal PAS agar tidak lagi tulen keislamannya.

Kewujudan DHPP perlu disemak semula dan dinilai latar belakang mereka. Jangan kerana mahukan undi CINA maka perkara yang pokok digadaikan dan ahli DHPP disayapkan walau mereka datang dari sebuah parti sangat jelas MENENTANG ISLAM seperti DAP...

Harap ahli PAS mendalami pesanan ikhlas kami ini demi mengelak PAS semakin jauh dari landasan kebenaran.

Semoga Allah akan tunjukkan kebenaran walau ia sangat PAHIT untuk ditelan !!!

 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate