Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Julai 2012

Berita Terbaru Isu Loji Rawatan Air Langat 2 Di Selangor - Kerajaan Putus Tender Terbuka Kepada Semua


Muktamad... Pusat keluarkan tender terbuka bina Loji Rawatan Air Langat 2


Tiada lagi ding dong dan tidak kepastian dalam isu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 selepas kerajaan Persekutuan buat keputusan muktamad melaksanakan projek tersebut, kata Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam satu kenyataan lewat petang Khamis.

Menurut kenyataan itu, kerajaan Persekutuan akan melaksanakan projek tersebut secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan.

Bukan itu sahaja, bahkan menurutnya semua anak syarikat kerajaan negeri Selangor dialu-alukan untuk menyertai tender berkenaan apabila diiklankan kelak.

"Justeru, tuduhan yang mengatakan projek itu dibina antara lain bertujuan memastikan kroni UMNO-Barisan Nasional mendapat kontrak pembinaan adalah tidak berasas," kata kenyataan berkenaan.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate