Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Jun 2012

Tahniah Maju Holding Contoh Syarikat Berani Sokong PM@NajibRazak dan Barisan Nasional !!! @PMOMalaysia



Sebentar tadi bersama rakan keluar minum di KL ternampak gambar di atas.


Maaf tak sempat pegang hp untuk bertwitter selepas sibuk bersama majlis Seminar Islam Peringkat Antarabangsa yang dihadiri ulama dunia bersama Perdana Menteri di Sunway Kuala Lumpur diikuti sesi teh tarik selepasnya. Liputan seminar ini akan disiarkan oleh panglima, Insya Allah!

Sekarang baru berehat di bilik untuk menunggu bolasepak England menentang Sweden sebentar lagi.
Alhamdulillah keberanian dan kesungguhan Maju Holding mempamerkan sokongan kepada Kerajaan BN satu contoh yang baik.

Menerima nikmat dari kerajaan dan membalasnya dengan cara yang memberi kebaikan kepada Kerajaan kemudiannya.

Inilah cara bersyukur dan bukan seperti setengah syarikat atau CEO GLC yang menyokong pembangkang dan mendiamkan diri dari menyokong BN.

Allah sendiri berfirman : Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan rezeki kepada kamu.Tetapi jika kamu kufur sesungguhnya azabku amat pedih.

Dalam hal ini sesiapa yang menerima nikmat dari Kerajaan namun mengkhianatinya dengan bukti yang jelas maka Kerajaan perlu membuat sesuatu agar ia tidak diikuti oleh orang lain.

Jika tidak kita khuatir rakyat akan marah melihat pengkhianat hidup lebih mewah dari orang yang mencurahkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk parti Islam Melayu ini.

Begitu juga penjawat awam yang bertaraf kontrak yang begitu banyak berjuang di dalam menjelaskan isu semasa mempertahankan negara, perlu diberi perhatian. Mereka inilah yang selalu tinggalkan anak isteri untuk berjuang di mana sahaja yang diperlukan.

Ada penjawat awam kontrak gagal mendapat pinjaman peribadi hanya kerana status mereka kontrak berbanding sesetengah penjawat awam yang merupakan penyokong pembangkang namun berstatus tetap.
Kecuali surat pengesahan status kerja diubah kepada ' kontrak sambungan ' dijadikan status kepada penjawat awam kontrak di agensi di bawah Kerajaan seperti sebuah agensi yang tidak perlu disebutkan di sini.

Mungkin KSN baru Datuk Ali Hamsa yang khabarnya akan menggantikan KSN sekarang akan mendapat info tulisan ini dan mengubahnya demi kebaikan mereka.

Utamakan penyokong Kerajaan bukan yang mengkhianatinya. Pejuang-pejuang perlu dibela dan mungkin perkara ini jarang dibangkitkan oleh pejuang kerana keikhlasan mereka berkorban demi agama bangsa dan negara kita.

Semoga pegawai PM dapat menyampaikan hasrat ini kepada beliau.

#LovePM #VoteBN

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate