Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Jun 2012

Perhimpunan Boleh Tetapi Bukan Matlamat Huru-hara - Ulama Al Azhar #SeminarFiqhAntarabangsa2012


gambar YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Ab Razak merasmikan Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin di PWTC semalam - Gambar Blog PenaKSJ
KUALA LUMPUR – Islam menggariskan umatnya boleh melakukan perhimpunan untuk menyuarakan pendapat dan pandangan dalam sesuatu perkara yang dilakukan oleh kerajaan.
Mantan Timbalan Syeikhul Azhar Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghani Mahmoud Ashour berkata, perhimpunan yang menjerumus ke arah bahaya dan mampu memberikan kesan buruk kepada negara adalah tidak harus diamalkan.
Malah, jika ingin mengadakan perhimpunan, keadaan perhimpunan itu perlulah dijalankan secara aman dan tidak menggunakan sentimen yang mampu memberi kepentingan kepada pihak-pihak tertentu sahaja.
“Islam tidak menghalang untuk berhimpun menyatakan pendapat atau hasrat terhadap pemerintah tetapi jangan ia boleh sebabkan huru-hara dalam masyarakat sehingga ada orang rasa kesan buruk dari perhimpunan itu.
image
“Kalau boleh, lakukan secara aman, harus disokong dengan cara menggunakan slogan yang baik tanpa menyerang kepentingan awam termasuk merosakkan pengangkutan awam dan tidak menceroboh orang tidak berdosa serta tidak membawa masalah kepada masyarakat,” kata Syeikh Mahmoud ketika diminta menjawab soalan dari peserta dalam seminar Fiqh Mentaati Pemimpin di sini hari ini.
Sementara itu, Ahli Akademik Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani berkata, rakyat boleh memberikan pandangan dan nasihat kepada pemimpin dan kerajaan.
Tetapi, nasihat itu perlulah bergantung kepada keadaan.
“Sekiranya ingin memberikan nasihat, jangan dibuat dikhalayak ramai. Boleh memberikan nasihat, tetapi jangan wujudkan keadaan yang esktrim atau fanatik hingga membawa kepada rusuhan atau pun pergaduhan dalam perhimpunan.
image
“Jangan kerana terlalu sukakan kepada pihak-pihak tertentu, apa yang dilakukan oleh pemimpin semuanya buruk.
“Rakyat perlu mendengar kata pemimpin. Tidak boleh terlalu pentingkan diri sendiri. Dalam politik, pemimpin lakukan perkara yang baik pun akan cakap jahat atau buruk,” katanya.
Oleh: NAIMAH SHAARI

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate