Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Jun 2012

Kerajaan Jimat RM220 Juta Dengan Kerjasama Jabatan Penjara dan Angkatan Tentera - Zahid Hamidi cc @NajibRazak




Program Pemasyarakatan Banduan, yang diperkenalkan pada 2010, berjaya mencapai matlamatnya apabila tiada peserta program yang dibebaskan masuk semula ke penjara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata antara faktor utama kejayaan program itu ialah pendedahan kepada orang yang diselia (ODS) mengenai input spiritual dan kursus keterampilan asas membabitkan kemahiran seperti pertanian, perikanan, penyelenggaraan bangunan dan aktiviti yang memberi pendapatan kepada mereka.

“Dengan membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran tersebut, ODS yang dibebaskan mampu berdikari bagi mencari nafkah hidup,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat, Rabu.

Ahmad Zahid berkata seramai 2,713 banduan atau ODS terlibat dalam program itu sejak ia diperkenalkan.

Sehingga Mei lalu, 1,827 ODS telah dibebaskan, katanya.

Menjawab soalan tambahan Ismail mengenai pembinaan pusat pemulihan pemasyarakatan itu, Ahmad Zahid berkata Kementerian Pertahanan hanya membelanjakan kira-kira RM30 juta bagi lima Pusat Pemulihan Pemasyarakatan yang menyediakan program untuk mengintegrasikan pesalah undang-undang kembali semula ke pangkuan masyarakat.

Beliau berkata ia menjimatkan berbanding kos bagi membina lima buah penjara.

“Sepatutnya lima penjara yang dibina dengan belanjawan RM50-60 juta bagi tiap-tiap satu penjara, ertinya kita memerlukan RM250 juta.
“Tetapi untuk lima pusat tahanan, Kementerian Pertahanan hanya membelanjakan kira-kira RM30 juta. Ini bermakna kita dapat mengurangkan belanja kira-kira RM220 juta,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Ahmad Zahid berkata beliau akan menjawab hal-hal berkaitan pembelian kapal selam Scorpene dan inkuiri oleh Mahkamah Perancis di Dewan Rakyat pada 26 Jun ini. – BERNAMA


Read more: http://www.pisau.net/2012/06/kementerian-pertahanan-hanya.html#ixzz1yLdj8kmR

1 ulasan:

Suasana Politik Malaysia berkata...

Mohon buat pautan blog: suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

Terima kasih.

Cari Blog Ini

Translate