Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Jun 2012

DS @NajibRazak Bercerita Kisah Dengan Ayahandanya Sempena Hari Bapa - Mesti Tengok





Ingat Jasa Dan Budi Bapa – Najib

KUALA LUMPUR – Hari Bapa yang disambut esok merupakan hari anak-anak dan keluarga mengingati dan mengenang peranan, jasa serta budi seorang bapa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa termasuk mereka yang baru bergelar bapa.
“Bapa muda pun kita kena beri pengiktirafan atas sumbangan mereka yang mungkin kita kira sebagai potensi masa depan mereka membentuk generasi baru untuk menentukan kejayaan negara kita nanti, Insya-Allah,” katanya.
Najib berkata demikian dalam rakaman video temu bual khas sempena sambutan Hari Bapa 2012 yang dimuat naik dalam blog www.1malaysia.com.my di sini, hari ini.
Dalam temu bual kira-kira 6 minit itu, Najib turut ditanya mengenai hubungannya dengan Allahyarham ayahandanya Tun Abdul Razak Hussein yang disifatkan sebagai agak berbeza dengan keadaan sekarang.
“Saya lihat pada masa itu, ada rasa segan dan sangat menghormati emak bapa dan kalau kita nak buat sesuatu, nak beri satu pandangan pun kita fikir banyak kali sebab kita tak boleh merasakan bahawa sesuatu yang kita kata itu boleh…mungkin boleh mendatangkan satu perasaan tidak senang kepada ayahanda saya pada ketika itu.
“Tapi ini bukan bererti bahawa tidak ada rasa kasih sayang yang mendalam, memang ada. Dan saya masih ingat lagi waktu saya belajar di luar negara, kalau saya menulis surat, masa itu tidak ada e-mel dan tidak ada sms, tidak ada sosial media, terpaksa tulis surat melalui aerogram dan kita tunggu jawapan daripada ayahanda saya.
“Walaupun ayahanda saya ketika itu sangat sibuk sebagai Perdana Menteri, tetapi saya pasti dapat jawapan mungkin selang dua minggu ke, tapi jawapan pasti tiba,” katanya.
Najib berkata Allahyarham Tun Razak juga merupakan seorang motivator yang sangat halus dan sering menggalakkan beliau dan adik-beradiknya untuk belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
“Tiap-tiap bulan, beliau nak tahu apa pencapaian kita (saya dan adik-beradik). Dan kita merasakan bahawa kita tak nak mengecewakan Allahyarham. Jadi kita pun cubalah sedaya upaya.
“Kalau dapat nombor satu kita tengok Allahyarham cukup riang…cukup ceria mukanya, tapi kalau kita tak dapat nombor satu, nombor tiga ke tentu dia rasa agak kecewa. Jadi dengan cara seperti ini, beliau telah mendidik saya dan adik-adik saya supaya tidak terlalu manja, tidak terlalu mewah dalam kehidupan dan sentiasa mengamalkan cara hidup yang sederhana, bertimbang rasa dengan orang,” katanya.
Najib berkata didikan yang diterima daripada Allahyarham Tun Razak iaitu secara halus tetapi memberi kesan yang besar kepada jiwa dan perasaan beliau telah memungkinkan beliau mempunyai kecerdasan emosi (EQ) yang baik dengan rakyat.
Ditanya mengenai perbezaan antara cara beliau bergaul dan berkomunikasi dengan anak-anaknya berbanding dengan cara Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri berkata zaman sekarang lebih ‘informal’.
“Maknanya kita boleh melepak bersama, kadang-kadang boleh bergumpal bersama tapi rasa hormat itu tetap ada, tetap tinggi tetapi orang kata lebih ‘informal’ daripada masa-masa yang lalu.
“Saya lihat hubungan saya dengan anakanda-anakanda saya pun lebih dalam bentuk dapat bertukar-tukar pendapat, secara lebih terus terang dan tidak ada rasa jurang antara kami tetapi mereka sedar bahawa mereka juga menghormati saya sebagai seorang ayah.
“Jadi, ini memperlihat perubahan generasi bukan saja pada saya tapi pada keluarga secara umum di Malaysia ini,” katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate