Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Mei 2012

TVPAS Turut Promosi Protes Peniaga Hantar Memorandum Kepada Ambiga - Terima Kasih @NajibRazak @AnwarIbrahim



'Pasar malam protes' dibatalkan

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
dan NUR NAZLINA NADZARI 
pengarang@utusan.com.my


Shahrul Nasrun Kamarudin (depan, tiga kiri) bersama sebahagian ahli Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia semasa bantahan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 24 Mei - Pasar malam yang dirancang diadakan di hadapan rumah Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Damansara di sini hari ini, dibatalkan atas arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kira-kira 500 orang termasuk 60 peniaga yang sepatutnya berniaga di pasar malam anjuran Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga dan Penduduk Warga Kota itu mula berkumpul di kawasan tersebut sejak pukul 4 petang.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kumpulan peniaga itu bagaimanapun gagal memasuki kawasan berkenaan yang dikawal polis dan penguat kuasa DBKL sebelum bersetuju untuk bersurai pada pukul 5.30 petang.



Penulis : Ambiga juga takut keluar untuk menerima memorandum dan A.Samad Said sahaja yang bersetuju menerimanya. Ambiga perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana enggan menggunakan Stadium yang ditawarkan kerana sebaliknya memilih untuk terus berhimpun di jalanan sehingga menimbulkan keributan dan kekacauan yang menakutkan rakyat selain merugikan para peniaga kecil dan besar yang tentu tidak akan dibayar ganti rugi oleh Ambiga atau Pakatan Pembangkang. Rakyat akan menolak taktik kotor mengganggu keamanan dan kita akan melawan mereka hingga 'hancur' di alam maya....

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate