Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Mei 2012

Pemimpin UMNO Kuala Krai Sambut Baik Lebuhraya Rakyat @NikAbdulAziz ?


Pelik dan Luar Biasa: Kerajaan 22 Tahun PAS Minta Derma Rakyat Untuk Bina Lebuh Raya

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Hasrat kerajaan PAS Kelantan mahu membina lebuh raya dari Machang hingga ke Kuala Krai secara bergotong royong, dan meminta rakyat mendermakan  wang ringgit atau bahan-bahan binaan untuk kegunaan pembinaan lebuh raya tersebut disifatkan sebagai satu tindakan yang amat pelik dan luar biasa.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman, PAS sebagai sebuah kerajaan yang sudah lebih 22 tahun memerintah Kelantan, sepatutnya sudah mampu untuk membina lebuh raya tanpa meminta bantuan pusat, apatah lagi dengan meminta derma daripada rakyat.
“Bagi saya, tindakan PAS meminta derma daripada rakyat dalam usaha membina lebuh raya ini adalah sesuatu yang agak luar biasa sekali. Rasanya tidak ada mana-mana kerajaan di dalam dunia yang berbuat sebegitu terhadap rakyat di negara atau pun di negeri mereka.
“PAS sudah lebih 22 tahun memerintah Kelantan, sepatutnya sudah menjadi tanggungjawab PAS untuk membina lebuh raya tersebut tanpa meminta-minta sumbangan daripada rakyat. PAS sebagai kerajaan yang memerintah, tidak patut menyusahkan rakyat dengan meminta derma seperti itu,” tegasnya kepada UMNO-Online ketika dihubungi di sini hari ini.
Berbanding dengan kerajaan BN yang diterjui oleh UMNO, sejak dari mula memerintah sehinggalah ke hari ini, segala projek pembangunan dan infrastruktur yang dibangunkan di negara ini berada dibawah tanggungjawab kerajaan BN sepenuhnya.
Selama ini, menurut beliau lagi, kerajaan BN tidak pernah meminta sebarang derma dari rakyat bertujuan untuk membina apa saja  kemudahan dan prasarana untuk rakyat. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN untuk mencari dana, bagi membina segala kemudahan tersebut, tanpa mengharapkan bantuan rakyat apatah lagi mahu menyusahkan rakyat dengan meminta derma itu dan ini.
“Biarpun cuba dinafikan oleh pemimpin-pemimpin PAS, namun tindakan kerajaan PAS Kelantan meminta derma daripada rakyat secara tidak langsung membuktikan bahawa kerajaan PAS Kelantan tidak merancang kewangan negeri dengan baik. Bila dikatakan Kelantan sebagai negeri miskin, mereka marah. Tetapi inilah buktinya. Mahu bina lebuh raya sepanjang 33 kilometer saja pun terpaksa minta derma dari rakyat.
“Jelas dalam hal ini, kerajaan PAS tidak mampu menjadi pentadbir negeri yang baik, apatah lagi mahu mentadbir negara, kerana sudah 22 tahun memerintah pun masih lagi meminta-minta derma dari rakyat,” ujar beliau lagi. – MediaUMNO

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,aku tak tahu nak cakap apa lagi tentang perangai pemimpim PAS ni.Dok putar aje,itu belum yang belit lagi.Terpulanglah kepada saudara-saudara kita yang kat Kelantan tu.Apapun nik ajis tetap kata` itu semua salah UMNO`

Cari Blog Ini

Translate