Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Mei 2012

Live : Konsert Jom Heboh @TV3 Di Malam Akhir #HBN2012 Dan Cadangan Untuk Tahun Hadapan @ShaberyChik @NajibRazak

Penulis meninjau malam terakhir suasana di Putrajaya dengan menjelajah kawasan utama Dataran Putrajaya. Memang hot! Bunyi memang bising dan penonton sangat ramai memenuhi jalanraya.

Tetapi bunyi sangat kuat maka penulis beredar dan menemui rakan maya sambil berborak isu semasa.Ketika itu kumpulan Kristal sedang membuat persembahan.

Cadangan untuk tahun hadapan agar waktu solat dihentikan segala persembahan. Juga pemberitahuan waktu solat selain tempat solat dihebahkan dengan tanda arah yang mencukupi. Elemen ini perlu ditekankan dan JAKIM boleh membantu usaha ini.Selain itu tempat solat perlu diletakkan bekalan air secukupnya. Tandas pada hemat penulis lebih baik berbanding tahun lepas dan tidak berbau hancing.

Segmen agama perlu ditekankan agar anak muda tidak sahaja berhibur tetapi juga diajak ke jalan agama. Jemput tokoh terkenal untuk forum hal ehwal Islam dan konsert kerohanian skala besar di tempat tengah.Promosi juga perlu diperbanyakkan bukan sekadar membanyakkan pentas tetapi tidak dikunjungi ramai seperti yang diharapkan.

Pamplet berkenaan program Islam oleh Kerajaan selain kejayaan BN juga perlu disebarkan dan inilah masa. Bukan sekadar menunggu orang datang tetapi pergi menemui mereka. Harap pandangan ini dibaca dengan senang hati oleh penganjur.

Terima kasih!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan pandangan penulis. sepanjang 3 hari saya berkampung di kawasan tasik putrajaya untuk Jambori Pengakap, perkara yang amat tidak sewajarnya berlaku ialah apabila tiba waktu solat, speaker dari arah masjid Sultan Mizan bertembung dengan speker dari arah tapak hari Belia. Keadaan yang amat memalukan, yang mainkan lagu2 tu mejoritinya melayu, kerana lagu yg dimainkan ialah lagu2 melayu. Agaknya inilah yang nak ditunjukkan kepada anak-nak kecil yang berjumlah lebih 13000 orang di Jambori Pengakap, bahawa kita bebas melakukan apa saja tanpa ada halangan dan batasan. Nak berhibur atau nak beribadat, pilihlah mana yang berkenan.

Cari Blog Ini

Translate