Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Mei 2012

Kenapa harga no plat kereta MB Kedah dan Kelantan Tidak Dikutuk Pakatan Dan Sultan Johor Pula Diserang ?



Sebentar tadi penulis membaca status FB A.Samad Said yang terbuka mengkritik tindakan DYMM Sultan Johor  membida no plat WWW 1.

Secara sinis rakan facebooker Azman Haj mengeluarkah gambar kereta mewah MB Kelantan dan Kedah yang juga satu dan dua angka untuk diajukan pertanyaan tentang kos pembelian no tersebut.

Dalam hal ini Sultan Johor berhak selain berderma dan membantu rakyat jelata, seperti senarai yang anda boleh baca entri pagi tadi bertajuk Yayasan Sultan Iskandar, baginda sememangnya berada dan mampu membida jumlah setengah juta harga tawaran no plat yang disebutkan. Ini kerana keturunan dan warisan kekayaan keluarga baginda zaman beraamah yang terlalu banyak untuk disebutkan di sini.

Namun tentu pihak Pakatan yang mempertikaikannya seperti memperli rakan mereka sendiri apabila seakan tidak menyedari bahawa no plat kereta MB mereka juga mahal dan tidak patut bagi sebuah kerajaan.

Harap A.Samad Said jangan butakan matanya tentang hal ini dan jangan lupa untuk mengkritik juga langkah Nik Aziz dan Azizan yang rela habiskan wang negeri untuk no plat kereta kerajaan negeri, berbanding Sultan Johor yang menggunakan wang yayasan baginda bukan wang rakyat jelata untuk mendapatkannya. Wang dibayar itulah yang diguna sebagai pendapatan negara untuk membuat projek kepada rakyat jelata selepasnya.

Mengkritik Raja dan Sultan adalah tindakan awal seperti ingin menentang Raja Ketua Agama Islam Dan Melayu seperti yang digemburkan oleh Tun M bahawa Pakatan akan membuat rusuhan jika mereka kalah PRU akan datang.

Tiada Raja maka tiadalah agama, hilanglah bangsa musnahlah tanah air Malaysia  !!!

Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate