Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Mei 2012

KDN haramkan buku Irshad - Abu Seman @NajibRazak @HishammuddinH20



KUALA LUMPUR 24 Mei - Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta dan versi nahasa Inggerisnya Allah, Liberty and Lovekerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

Timbalan Menterinya, Datuk Abu Seman Yusop berkata, perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya 'boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam'.

"Buku ini diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Antaranya, pandangan terhadap perkahwinan campur antara muslim dan bukan muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abu Seman, buku itu juga mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar kesucian agama Islam.

Selain itu katanya, buku tersebut juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkan nilai-nilai akidah.

"Ia turut memberikan penerangan terhadap pelaksanaan kewajipan solat fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa malah lebih dari lima kali sehari," katanya.

Abu Seman berkata, kenyataan itu boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam terhadap kewajipan menunaikan solat fardu lima waktu.

Malah tambah beliau, buku itu juga menyeru kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan hadis. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate