Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 April 2012

Inikah Perempuan Seksi Diupah Untuk Goda Peserta Bersih 3.0 Baju Nampak Lurah Dada ?


Penulis mohon maaf kerana sedikit keuzuran dan baru sahaja bangun tidur selepas berehat seusai solat Maghrib tadi selepas melalui hari yang panas dan memenatkan. Kepala berat kerana minum berais siang tadi menyebabkan badan sedikit lemah. Bateri telefon juga habis dan belum dicaj semula ekoran masalah tertentu menyebabkan isteri turut merasa risau. Sesudah bangun penulis terus meminjam telefon rakan untuk memberitahu isteri situasi dan menjelaskan masalah tersebut. Alhamdulillah panggilan telah dijawab dan isteri tersayang yang kerunsingan sudah dapat tidur dengan tenang.

Buat masa ini penulis berada di ibukota dan ketika artikel ini ditulis kedengaran di udara helikopter sedang berlegar-legar meninjau situasi terkini yang khabarnya sudah dipenuhi manusia di jalan raya. Meskipun tidak berada di lokasi kerana sebab tertentu, namun penulis akan mengemaskini situasi terbaru kepada pembaca setia blog Panglima. Dengan kecanggihan teknologi hari ini semua perkara dapat diakses dengan mudah, tinggal lagi cara menyampaikan dan mencarinya yang perlu diketahui agar info menarik dapat dihidangkan kepada pembaca yang sentiasa dahagakan info terkini apa yang berlaku selain mahu membaca apakah pandangan penulis di sebalik paparan gambar dan peristiwa.

Selepas membuka laptop, sesuatu yang tidak dijangka sudah berlaku. Nampaknya serangan virus seperti peristiwa 901 sudah dilancarkan oleh pihak yang mahu menyekat blogger mengemaskini berita terbaru di alam maya di mana virus yang mematikan sambungan wifi telah menjangkiti laptop penulis. Namun sambungan blackberry sebagai modem telah menyelamatkan keadaan dengan Samsung Tab 7.0 juga ada untuk mengatasi masalah tersebut.  


Selepas berjaya mengkases internet penulis menjenguk blog kita dan blog sebelah sana. Meskipun sangat perlahan berbanding Unifi kelajuan 2 mbps di rumah namun tinjauan berjaya juga dibuat oleh Panglima. Jika mengikut gambar blog pembangkang AmenoWorld (kiri dan bawah) memang sahih yang ramai malam ini adalah dari bangsa Melayu. Kumpulan ini juga dipercayai ahli PAS berdasarkan kopiah yang dipakai. Manakala Cina dan India nampaknya seperti biasa bersikap bijak apabila tidak mengendahkan demo Bersih kali ini dan sudah tentu sedang nyenyak tidur di rumah atau berfoya-foya di minum arak dengan perempuan di pub atau kelab malam.

Apa nak jadi Melayu hari ini ? Kenapa mereka masih lagi mudah dihasut untuk menyertai perhimpunan haram seperti ini walaupun tahap kehidupan dan pendidikan kita hari ini sudah semakin tinggi berkat pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional ? ADAKAH FATWA POLITIK AHLI AGAMA MENAKUTKAN MEREKA SEHINGGA HADIR WALAU HATI KECIL MENOLAKNYA ?

Adakah mereka yang bersusah payah datang ke Dataran Merdeka tidak sedarkah bahawa SPR hari ini adalah SPR yang sama menguruskan kemenangan lima negeri Pakatan 2008 yang lalu ? Apakah mereka berfikir ataupun merasa sedikit malu memerintah kesemua negeri tersebut selepas sebelumnya menuduh SPR tidak BERSIH sebelum PRU 12 yang lalu ?

Jelas pembangkang hanya memutar belit kata-kata demi mencari kuasa. Pembangkang juga bersikap keji dengan menggunakan manusia yang marahkan Kerajaan untuk membuat huru-hara. Menghasut rakyat marahkan Kerajaan adalah cara mudah untuk mencari penyokong tanpa perlu melibatkan dana yang besar. Sayang sekali perkara ini masih berlaku di saat berbilion kebaikan telah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi keselesaan hidup kepada rakyat 1Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama.

Perhimpunan Bersih 3.0 esok menjadi titik penting kepada pembangkang selepas semakin ketinggalan dengan gerak langkah begitu pantas lagi bijak PM Najib Razak menyerap masuk ke urat saraf kehidupan rakyat. Melihat begitu jauh ketinggalan dan masih lagi gagal menghantar kad laporan pemerintahan kepada rakyat, maka mereka terpaksa mengadakan kembali perkara yang dilakukan sebelum ini. Dengan harapan ia dapat mengembalikan 'nafsu' rakyat untuk mengundi Pakatan walaupun mereka sedar rakyat kini sudah mula muak dan muntah dengan perangai talam dua muka selain manis berkata-kata pemimpin Pakatan yang kini masih gagal mengotakannya. Berbeza yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri DS Najib Razak yang tidak membuang masa menyusahkan kehidupan rakyat dengan perkara bodoh seperti ini yang hanya menjadikan rakyat  diselimuti rasa ketakutan berlaku huru hara, penjawat awam terpaksa bersengkang mata dan peniaga pemandu teksi sukar membuat urusan harian akibat gangguan dari perkara sia-sia Pakatan yang mahu berhimpun di Dataran Merdeka.

Inilah beza antara pemimpin yang benar-benar mengutamakan rakyat dan negara Malaysia dan pemimpin yang benar-benar gilakan kuasa sehingga menjadikan agenda berkuasa lebih besar dari perkara lebih penting iaitu menjalankan pemerintahan yang berkesan serta melaksana semua yang dijanjikan. Bukan semata-mata memikirkan tentang pilihanraya setiap masa. 

Seperti kata-kata terkenal : " A politician thinks of the next election. A statesman, of the next generation "


Lihat peserta BERSIH 3.0 yang hadir menunjukkan agenda politik ini disertai golongan yang tidak sama keimanan dengan saudara seagama kita yang berada di dalam parti Islam PAS. Sebelum ini peserta yang mencuba menghidupkan semangat BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka menggunakan isu mansuh PTPTN juga disertai kumpulan seperti ini. 

Gambar gadis berkepala botak, memakai seluar pendek, menghisap rokok, bercampur lelaki perempuan telah didedahkan oleh blogger dan media massa. Pelik kenapa perkara yang menyakitkan mata kita umat Islam memandangnya dan jelas melanggar batas agama, didiamkan sahaja oleh pemimpin parti Islam Se-Malaysia ? Atau inikah gambaran negara kebajikan ganti negara Islam PAS ? cerita lanjut perkara tersebut sila klik sini http://shacklesmith.blogspot.com/ 

Malangnya pemimpin PAS tidak menyatakan bantahan terhadap perhimpunan ini walaupun mereka sendiri sudah berada di Mekah. Lihat Ketua Pemuda PAS dan Nik Abduh Nik Aziz yang terpaksa lari ke Mekah kerana mahu mengelak dari dikecam ahli Parti sendiri jika gagal hadir ke BERSIH kali ini. Taktik yang sama dilakukan Hj Hadi dan Nik Aziz sebelum ini. Bukti bahawa pemimpin PAS sendiri tidak bernafsu untuk menjayakan agenda kuning Ambiga yang kini dibantu sasterawan tua A.Samad Said yang diangkat dengan tujuan menarik anak muda selepas tiada lagi ikon popular Malaysia yang mahu menyertai perjuangan songsang mereka.  Akibat tidak mahu perhimpunan ini gagal, maka ramai gadis seksi diatur untukk menggoda nafsu pak imam dalam PAS yang tidak akan dapat melihat gadis muslimat mereka berpakaian sedemikian untuk datang.

BOLEH JADI INI TAKTIK TERAKHIR PAKATAN UNTUK PASTIKAN PERHIMPUNAN INI MENDAPAT SAMBUTAN DENGAN CARA YANG CUKUP DIGEMARI OLEH SYAITAN !!!






gambar perempuan seksi di atas dicilok dari blog pisau http://www.pisau.net/

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate