Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 April 2012

Edar Surat Palsu Status Daftar Pengundi, Bukti Nurul Izzah Tak Buat Kerja

Oleh: Azlina Rosdy

Apabila tindakannya itu terang-terangan terbukti salah, dia mula berdiam diri dan cuba mengalihkan perhatian rakyat kepada isu lain pula.
Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Mohamad Sazali Kamilan, tindakan Ahli Parlimen itu mengedarkan maklumat palsu sebenarnya memakan diri sendiri sekaligus membuktikan bahawa Nurul Izzah tidak membuat sebarang kajian dan tidak buat kerja. Hanya apabila berasa terdesak dan tergugat, dia terus bertindak tanpa memikirkan sesuatu perkara itu benar atau tidak.
“Sebenarnya, dia mula berasakan bahawa sokongan orang Melayu di parlimen Lembah Pantai terhadap pakatan pembangkang telah terhakis. Oleh itu, dia cuba mempengaruhi pengundi atas pagar untuk mengundi mereka. Kononnya dengan mengedarkan risalah status daftar pemilih, rakyat akan terpegaruh dan menyokong mereka.
“Nurul juga merasakan dengan menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka akan dapat sokongan rakyat. Tetapi strateginya salah sama sekali. Maklumat status daftar pemilih kononnya nama penduduk sudah tidak ada dalam senarai daftar pemilih adalah tidak benar sama sekali.
“Apabila semakan dibuat, nama penduduk masih ada. Surat tersebut juga diedarkan kepada penduduk yang telah meninggal dunia. Memanglah nama mereka ini tidak ada sebab SPR telus dan telah mengeluarkan nama mereka yang telah meninggal.
“Semua ini jelas membuktikan Nurul tidak buat kerja. Kemenangan Nurul pada tahun 2008 adalah atas faktor sentimen dan tsunami politik yang berlaku ketika itu. Sekarang ini situasi adalah sama rata. Jadi jangan main hentam kormo,” ujarnya ketika dihubungi oleh UMNO-Online.
Sazali juga menjelaskan, tindakan Nurul ini bukan sahaja menipu rakyat malah turut menghina SPR.
“Saya tidak tahu senarai mana dan bila yang digunakan oleh Nurul Izzah. Bila dah terdesak, mula nak tipu rakyat. Melihat akan kesungguhan jentera kita bekerja keras dan berjaya menawan kembali hati pengundi di parlimen ini, Nurul mula panik,” ujarnya yang juga merupakan Setiausaha Penyelaras Barisan Nasional (BN) bahagian Lembah Pantai.
Penduduk yang menerima surat tersebut telahpun membuat laporan polis kerana tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai ini menyusah dan mengelirukan rakyat.
Surat bertarikh 16 April itu diterima oleh penduduk melalui peti surat masing-masing. Melalui surat tersebut, Nurul Izzah mendakwa dia telah melakukan penyelidikan dan mendapati penama yang disenaraikan sebagai pengundi Lembah Pantai pada tahun 2008 kini tidak lagi tersenarai sebagai pengundi terkini. – MediaUMNO

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate