Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 April 2012

Diskusi Ilmiah Bab Syiah Indonesia - Bersama Dr Adian Bin Husaini


Pagi ini satu program anjuran BTN Jabatan Perdana Menteri diadakan dihadiri wakil beberapa agensi dan juga orang perseorang yang dijemput. Penulis turut hadir program wacana ilmu ini.


Insya Allah beberapa catatan tentang diskusi ini akan dilakukan oleh penulis untuk dikongsi dengan rakan-rakan.


Perbincangan ilmiah isu Sunnah Syiah perlu difahami dengan baik melalui tokoh yang mengkaji tentangnya. Kesempatan pagi ini sangat baik sekali untuk mendapat info yang benar dan haq tentang pertentangan Sunnah Syiah di dunia Islam.

Antara dakwaan Syiah ialah mereka menuduh Sahabat Abu Bakar ra dan Umar menghalang catatan hadis selain membakarnya - yang telah ditolak oleh Dr Adian Husaini dalam kertas kerjanya.

Kajian beliau melibatkan kes Syiah di Indonesia.


Dr Adian (gambar) dilahirkan di Jawa Timur Indonesia.Sekarang merupakan Ketua Program Pasca Sarjana Pendidikan Islam, Universiti Ibn Khaldun Bogor Jawa Barat Indonesia.


Prof Wan Mohd Nor fellow kehormat Biro Tatanegara mempengerusikan sesi ini.

Antara isi menarik yang lain : rakyat rosak jika umara rosak, umara rosak jika ulama rosak dan ulama rosak bila mereka mencintai dunia - Kata Imam Ghazali

Tunggu catatan seterusnya selepas ini. Wallahu A'lam.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate