Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 April 2012

Analisa Video : Hanya Cina Memenuhi #BullShit #Bersih Semalam @NajibRazak @MuhyiddinYasin







Sumber : Channel Rasmi BERSIH 3.0



Analisa : Berdasarkan apa kita lihat, didapati kaum Cina merupakan majoriti pendemo. Mereka sahaja yang nampaknya tidak percaya kepada kredibiliti SPR nampaknya berdasarkan majoriti kaum tersebut di dalam dua video di atas.

Meskipun kita nampak beberapa orang Melayu yang tersesat (barangkali menjadi orang yang menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja upahan PAS) yang dilihat dalam video di atas namun ia tidak bermakna keseluruhan Melayu menyokong demo haram ini. Kerana mereka dibayar upah selain disedia makanan seperti laporan di bawah .

Walaupun PM sudah memberi berbagai kebajikan kepada kaum ini tetapi masih ada yang tidak puas hati selagi kerajaan ini tidak tumbang lalu dibina pandangan jahat terhadap Kerajaan dari dulu hingga sekarang melalui demo seperti ini.

Sedarlah ancaman hari ini datang dari golongan Cina yang menyokong kafir harbi DAP dan jangan mudah kita terpedaya tipudaya mereka atau air mata darah di hari kemudiannya menjadi teman hidup kita. Namun jika dikira anggaran 25,000 yang datang semalam Cina yang menyokong DAP tidak ramai sebenarnya. Berdasarkan jumlah penduduk kaum Cina di Malaysia.

Ayuh bangsaku !

kuatkan ukhwah tingkatkan tekad martabatkan darjat iman takwa agar diberi pertolongan oleh Allah Taala.


Baca berita akhbar di bawah bangsa Melayu yang dilihat dalam video terpaksa diupah sertai demo haram Bersih 3.0


Peserta Bersih 3.0 merempuh halangan yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, semalam
.

KUALA LUMPUR 28 April - Ego pembangkang yang selama ini mendabik dada bahawa mereka tidak perlu atau pernah 'memberikan wang' untuk menarik kehadiran penyokong dalam satu-satu aktiviti atau perhimpunan yang dianjurkan, memakan diri.

Bagi mereka, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang perlu 'menyuap' duit atau menaja sesuatu bagi menarik kehadiran khalayak sedangkan realitinya pada perhimpunan haram yang disokong pembangkang di ibu negara hari ini menceritakan sebaliknya.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan haram, yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil mendapati sebahagian daripada mereka sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu, begitu juga kerajaan negeri.

Perkara itu didedahkan oleh beberapa peserta dari Kelantan yang mana kedatangan mereka ditaja sepenuhnya meliputi pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.

Menurut Wan Ismail Wan Mad, 34, beliau telah tiba di Kuala Lumpur sejak tiga hari lepas dari Tumpat dengan menaiki bas yang ditaja Pas bahagian itu.

Katanya, selain disediakan hotel, beliau dan peserta lain turut diberi "duit poket" sebanyak RM150 setiap seorang.

"Semasa perhimpunan tahun lepas (9 Julai 2011) saya turun berdemo guna duit sendiri, sekarang diberi duit poket serta disediakan bas dan hotel.

"Jadi lagi bersemangatlah kami turun ke mari (Dataran Merdeka)," katanya ketika ditemui.

Seorang remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 25, berkata, peluang untuk turun berhimpun dengan segala perbelanjaan, termasuk duit poket disediakan kerajaan Pas Kelantan, menjadi dorongan utama kepadanya untuk turut serta dalam perhimpunan itu.

"Kami turun dua bas dari Pasir Mas untuk demo kali ini, kami tinggal di hotel berdekatan bagi memudahkan perjalanan ke Dataran Merdeka," katanya.

Pasangan suami isteri berusia sekitar 50-an, dari Kedah pula berkata, mereka didatangkan dengan 20 buah bas dengan dikenakan bayaran serendah RM10 seorang, berbanding harga tambang biasa kira-kira RM100 pergi dan balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.

Dia yang hadir bersama suaminya sejak semalam dan ditempatkan di sebuah hotel berdekatan Dataran Merdeka berkata, tambang semurah itu memberi lebih dorongan untuk mereka turun ke ibu negara.

Sementara itu, Azizah, 23, dari Permatang Pauh pula berkata, dia datang bersama dua saudara maranya bagi memberi sokongan kepada perhimpunan itu.

Katanya, mereka yang didatangkan dengan sebuah bas turut diberikan RM20 seorang sebagai wang belanja, didakwa diterima daripada seseorang bernama Mansor.

"Yang menghairankan saya ialah kenapa hanya sebuah bas sahaja dari Permatang Pauh," katanya.

Sementara itu, Utusan Malaysia difahamkan, peserta Bersih dibayar antara RM100 hingga RM250 mengikut jarak perjalanan mereka.

Pada perhimpunan Bersih 2, tahun lalu peserta dibayar RM200 seorang. Namun begitu difahamkan, jumlah yang diterima oleh peserta Bersih tidak menepati kadar yang dijanji.

Ia memandangkan ada antara mereka hanya dibayar RM50 hingga RM100 seorang, biar pun jumlah yang dijanjikan ialah RM200 hingga RM250.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate