Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 April 2012

10 Sebab Rakyat Wajib Tolak Pakatan PRU 13 Akan Datang - Ahmad Maslan



KUALA LUMPUR, 24 April – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata rakyat ada 10 sebab kenapa mesti tolak pembangkang terutama ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihanraya umum akan datang.
Ini tegasnya kerana pakatan pembangkang telah pun mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya menguasai Putrajaya nanti
Beliau berkata antara 10 sebab kenapa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri ialah pertama kerana  Anwar telah memberi sokongan kepada gerakan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender).
Kedua kata beliau Anwar juga turut memberi sokongan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.
"Ketiga sudah pasti rakyat tidak akan lupa pembohongan 16 September di mana kononnya dia dakwa bakal tubuh kerajaan baru gantikan kerajaan BN.
"Keempat Buku Jingga yang terkandung janji-janji bulan bintang tidak dilaksanakan di empat negeri penguasaan pakatan pembangkang.  Kelima amalan politik populis semberono yang meraih populariti tanpa fikir kemampuan negara", katanya kepada UMNO-Online di sini.
Sambung beliau lagi sebab keenam adalah kegagalan Anwar menunjukkan kabinet bayangan.
"Manakala ketujuh adalah sebab dokongan fahaman pluralisme yang mengatakan semua agama sama. Kelapan dia dan pakatan pembangkang mendapat dana dan bantuan pihak asing.
"Kesembilan dan kesepuluh adalah kes liwat yang belum selesai di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan serta skandal video seks yang tulen beliau di dalamnya", ujar Ahmad Maslan lagi.
Justeru beliau percaya 10 sebab itu akan menjadi asas kukuh untuk rakyat membuat pilihan bijak menolak pembangkang sekaligus meranapkan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada pilihanraya umum akan datang. -MediaUMNO

http://umno-online.com/?p=59184


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate