Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Februari 2012

Video : Undi PAS Tiga Kali = Satu Kali Haji - Oleh Cucu Tun Ghaffar Baba cc @



Bismillah Wassolatu Wassalam 'Ala Rasulillah Waalihi Waman Waalah

Penceramah Zahid Md Arip antara penceramah yang Panglima minat. Selain Ezam Md Noor. 

Penceramah perlu belajar teknik berpidato seperti beliau. 

Peribadinya, Panglima pernah berjumpa dengan cucu Tun Ghaffar Baba ini di Meru, Klang satu ketika dulu. 

Jika beliau ikhlas berjuang, tentu boleh naik ke atas dalam UMNO. 

Moga Allah bukakan jalan kepada beliau dan rakan bekas PKR yang kini sudah insaf untuk membayar balik kesilapan mereka dengan mendedahkan pengalaman pahit dalam PKR dalam ceramah serata tempat seluruh Malaysia.

Kepada orang Umno yang setia, kehadiran rakan bekas PKR ini jangan dirasa akan mengancam kedudukan kita atau sesiapa. Jika kita suka parti kita menang dan berjaya tentu tenaga baru yang datang disambut dengan tangan terbuka bukan sebaliknya. 

Walaupun mereka pernah menyakiti hati ahli-ahli Umno semasa berkempen pilihanraya.

Merujuk sirah Islam, dosa zaman silam dihapuskan apabila kembali kepada Islam. Begitu juga dosa orang berdosa juga dihapuskan apabila taubat sudah dipinta kepada Allah.Selain dosa akan ditukar kepada pahala.

Kepada bekas PKR harap anda semua bersabar kerana jawatan mahupun kekayaan bukan matlamat utama perjuangan. Pengalaman ditipu dan diperdaya tentu motivasi terbaik untuk anda mengerah segala kudrat dan daya untuk melawan pembohongan dan kebatilan mereka. Jangan sesekali khianat kerana balasannya sangat buruk samada di dunia mahupun akhirat.

Ayuh kita berjuang bukan kerana jawatan. 

Matinya seorang pahlawan yang ikhlas akan kekal dalam sebutan umat walau tidak ada harta yang dirembat.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate