Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Februari 2012

Presiden Pas Hj Hadi Awang Dihina Oleh PKR Di Lynas Dan Diderhakai Pemimpin Pas #himpunanhijau #lynas

Dalam video di atas anda akan dapat melihat Presiden Pas Hj Abd Hadi Awang begitu beria-ia mengangkat pakar tentang isu nuklear iaitu Dr Rosli merangkap Ahli Parlimen Hulu Langat. Kenyataan juga ada dalam bentuk gambar di atas.


Jelas melalui video, Pas dilihat menyokong Lynas berdasarkan kepada kenyataan Hj Hadi yang dirujuk kepada Dr Rosli.


Namun hari ini PRESIDEN PAS sendiri telah dihina secara tidak langsung apabila geng PKR  dengan beraninya menganjurkan kempen Lynas. Lagi memalukan beliau turut 'dilanggar' oleh pemimpin Pas seperti Salahuddin Ayub yang juga turut hadir perhimpunan tersebut khabarnya.


Maka apakah kawan seperti PKR yang sanggup mempolitikkan Lynas ini, yang tidak menghormati pandangan PAS serta biadap apabila menganjurkannya secara besar-besaran - patut menjadi sekutu rapat?


Malu jika panglima menjadi ahli Pas melihat Presiden dihina oleh PKR. Malu lagi apabila ada pemimpin dan ahli Pas turut hadir dan menyokong perhimpunan yang tidak disertai dan tidak disokong oleh Hj Hadi mahupun Nik Aziz.


Pas perlu melakukan sesuatu seperti kembali bersama Umno membina kekuatan umat Melayu Islam di Malaysia atas nama Kerajaan Perpaduan. Tambahan pula PKR makin lemah termasuk dengan kes terbaru tangkap khalwat Dr Badrul Amin Di Kuantan dan Kedah seperti boleh menjadi pembuka jalan ke arahnya.


Seterusnya baca berita tentang keselamatan KILANG nadir bumi Lynas di bawah.


Dua pengesan radiasi dipasang di tapak Lynas


KUANTAN: Dua unit pengesan radiasi masing-masing bernilai RM700,000 akan dipasang di tapak kilang milik Lynas Corporation Ltd (Lynas) di kawasan perindustrian Gebeng, di sini, bagi memantau kualiti udara di kawasan itu sentiasa dalam keadaan terkawal dan selamat.


Pengarah Urusan Lynas Malaysia, Datuk Mashal Ahmad berkata, langkah itu sebahagian usaha Lynas untuk memberi jaminan kepada penduduk setempat kualiti udara di kawasan tapak kilang dan persekitarannya selamat.


Menurutnya, alat pengesan itu dikenali sebagai Sistem Pemantauan Radiasi Alam Sekitar Jenis Aerosol yang dibeli dari Austria biasa digunakan di negara maju, terutama di kawasan perindustrian untuk mengesan kualiti udara.“Unit pertama dijangka sampai dalam masa tiga bulan lagi dan akan dipasang di tapak kilang,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan pejabat sementara Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di tapak Lynas di Gebeng, dekat sini, semalam.


Kunci pejabat terbabit diserahkan kepada Ketua Pengarah AELB, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan.Beliau berkata, pihaknya akan menghantar kakitangannya untuk mengendalikan alat terbabit sebelum diserahkan kepada AELB selaku badan pemantau.“Orang ramai yang ingin mengetahui tahap radiasi juga boleh datang dan melihat sendiri bacaan pada alat berkenaan,” katanya.


Mengenai pejabat itu, beliau berkata, ia konsep biasa yang diamalkan industri seperti penempatan pejabat kastam di loji penapisan minyak.“Dengan penempatan pejabat AELB, dapat memudahkan pihak itu melakukan pemantauan terhadap operasi Lynas 24 jam setiap hari.


“Kami sangat mengalu-alukan pemantauan ini kerana ini akan membuatkan kami lebih berhati-hati selain sebagai jaminan kepada masyarakat mengenai operasi kami yang mengutamakan keselamatan,” katanya.


Sumber : http://mobile.hmetro.com.my/myMetro/articles/DuapengesanradiasidipasangditapakLynas/mobile/mArticle


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate