Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

28 Februari 2012

Konsert Erykah Badu Dibatalkan - Rais Yatim cc @NajibRazak







Konsert Erykah Badu, penyanyi wanita Amerika Syarikat yang cetuskan kontroversi kerana lakar tatu kalimah " Allah' di dadanya, dijadual di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Rabu dibatalkan.


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan demikian menerusi twitternya awal petang Selasa.


"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia." kata beliau.

Beliau berkata perbuatan artis itu meletakkan tulisan kalimah Allah di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.


"Perlanggaran syarat ini telah menimbulkan bantahan masyarakat yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan memberi impak negatif kepada imej kerajaan," katanya.


Menurut Rais mesyuarat Puspal telah memutuskan pembatalan konsert itu berdasarkan pandangan anggota mesyuarat khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Akhbar harian The Star dalam ruangan muziknya semalam menyiarkan gambar penyanyi "funk", "hip-hop" dan "soul" itu yang menunjukkan wajah dan sebahagian dadanya yang terdedah dan tertera pelbagai tatu, termasuk perkataan "Allah" di sisi kiri dan kanan.


Ekoran itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil The Star untuk memberi penjelasan berhubung penyiaran gambar berkenaan.


Akhbar itu juga akan diberi surat tunjuk sebab untuk memberi penjelasan bertulis dalam masa seminggu kepada KDN.


The Star dalam pada itu membuat permohonan maaf di akhbarnya dan laman portal beritanya berhubung penyiaran gambar berkenaan.


Erykah Badu, yang berasal dari Dallas, Texas, pernah memenangi anugerah Grammy dan dijadual membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 29 Feb ini.


Sebelum ini pelbagai pihak telah membantah penganjuran konsert berkenaan.


Akhbar Star yang memakai gambarnya nampak tatu berkenaan telah memohon maaf.- 28/2/2012




Panglima : jika lihat kepada tanda piramid di dada beliau ternyata ia ada persamaan dengan Freemason yang merupakan tentera Dajjal yang ingin merosak dan menghina agama Islam. Tahniah Menteri Penerangan atas ketegasan ini. Alhamdulillah !!!


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate