Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Februari 2012

Gambar MB Perak Dr @ZambryAbdKadir Tidur Dengan Siapa Ni ?

lm3av.jpg


gambar oleh twitter @KhusairiTalib beberapa minit tadi. Dirakam  di Masjid Jamek Tg Malim. Untuk acara qiamullail dan solat Subuh.






Bismillah Wassolatu Wassalam 'Ala Rasulillah Waalihi Waman Walah




Pagi ini ketika menunggu solat subuh Panglima ternampak gambar di atas di twitter. Tertarik untuk menggunakannya sebagai bahan artikel. Lalu memberitahu kepada tuan punya twitter.


Tidur di masjid tidak lagi menjadi program kita dan tindakan Dr Zambry barangkali boleh menjadi pembuka jalan untuk kita mengimarahkan masjid dengan membuat aktiviti qiamullail dan tahajjud di sana.


Sebelum ini orang melihat UMNO BN sering mengadakan program hiburan tanpa menyedari keagamaan tidak dihalang oleh parti ini. Namun mungkin faktor rakyat yang suka hiburan menjadikan elemen tersebut dimasukkan dalam acara bersama rakyat di mana-mana.


Melihat gambar di atas, satu sahaja komen Panglima iaitu adalah sangat menarik jika pemimpin UMNO dapat tiru acara seperti ini. Yakni mendekati rakyat melalui acara ibadah di masjid termasuk tidur bersama mereka. 


Bayangkan rakyat yang bersama pemimpin dengan acara mesra rakyat termasuk tidur sekali, makan sekali, solat sekali, tentu akan lebih erat lagi hubungan walau apa jua fitnah cuba datang. Selepas itu diikuti sarapan pagi bersama rakyat bukan Islam pula.


Menarik jika pemimpin turut mengajak ahli UMNO untuk beriktikaf seperti ini.


Panglima tidak terkejut jika Perdana Menteri mengajak Dr Zambry ke Mekah apabila melihat gambar ini. Panglima juga tidak terkejut rakyat Perak suka pemimpin sebegini.


Maka mari kita tiru contoh yang baik ini walau kita tahu PAS tidak akan memuji tindakan baik pemimpin kita walau jelas depan mata kebaikan mereka.


Adakah mereka akan spin gambar di atas ?


Boleh jadi dengan menyiar artikel blogger BN yang menghentam ahli mereka menggunakan masjid ketika pilihanraya.


Jawapan mudah kita ialah : tidur di masjid untuk pergi PRK seperti Hulu Selangor dengan tidak menjaga kebersihan seperti yang dibuat oleh MB Perak adalah dikecam. Namun jika tidur dengan alas atau toto yang mengelak dari air liur basi yang boleh mengotorkan masjid, tentu tidak menjadi sebarang masalah.


Marilah kita menyebarkan contoh baik ini kepada rakyat Malaysia...




Allahumma solli wasallim wabarik ala Saidina Muhammadin Waalihi Wasallim


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate