Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

22 Februari 2012

Blog AnwarAidc Sahkan Anwar Sokong Israel cc @anwaribrahim @NajibRazak



Persidangan Annapolis bukti Anwar sokong Israel


KUALA LUMPUR 21 Feb. – Sebuah blog, AnwarAIDC hari ini mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menandatangani surat lobi pada 2007 supaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengutamakan konsep two state solution atau penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Melalui konsep itu, dunia perlu mengiktiraf penubuhan negara Israel yang sah dan juga Palestin di mana Jerusalem menjadi ibu kota kedua negara dengan kawasan kejiranan Israel akan menjadi milik Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin.

Menurut blog dengan entri bertajuk Bukti Sokong Israel: Annapolis Summit – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush itu, ketika itu, Anwar merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa International Crisis Group (ICG), sebuah badan antarabangsa tajaan George Soros.

“Dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada Mac 2007 yang turut dihadiri Anwar, organisasi itu meluluskan resolusi two state solution dan menggesa negara-negara Islam khususnya dunia Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel sebagai jalan penyelesaian terbaik menamatkan konflik Israel-Palestin.

“Menurut ICG, inilah cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel-Palestin seperti mana yang diperakui oleh UN Security Council Resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David Peace Accords (1978), The Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu mengiktiraf negara Palestin yang merdeka dan dalam masa sama dunia Islam mengiktiraf negara sah Israel,” kata blog AnwarAIDC.

Kata blog itu, resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir termasuk Anwar dan Soros.




artikel dimaksudkan : http://www.anwaraidc.com/?p=22051


Panglima : semalam baru sahaja Panglima bercakap dengan penulis blog AnwarAidc hampir setengah jam. Jarang orang kenal penulis sebenar AnwarAidc dan jarang orang yang hebat seperti beliau boleh merendah diri dan tidak gila harta atau gila pengaruh walau blog beliau menjadi rujukan hampir keseluruhan blogger pejuang alif ba ta. 

Kesusahan beliau yang pernah diwar-warkan dalam alam maya membuktikan kecekalannya menempuh ranjau perjuangan walau dihimpit kesempitan kewangan. Alhamdulillah ketika itu ramai blogger menyiarkan kempen membantu AIDC dan ada hasil yang diperolehi. Sehingga ia masih mampu untuk meneruskan perjuangan mencurah minda hingga kini.

Kerana itu Datuk Ahmad Maslan ada sebut blog ini semasa ceramah di Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya minggu lepas di Seri Pacific PWTC. Dengan menyiarkan video dari blog tersebut di hadapan khalayak ramai. Ternyata blogger AIDC terharu dengan penghargaan tersebut kepada blog beliau dalam perbualan kami  semalam.

Mari kita jadi blogger yang tidak khianat, jujur, setia, integriti, tabah,  rendah hati seperti yang ada dalam konsep gagasan 1Malaysia. Orang hebat akan kekal hebat bila sentiasa mengikut kehendak Allah yang Maha Hebat lagi Maha Kuat. 


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate