Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Januari 2012

Perutusan YAB DS @NajibRazak Sempena Hari Wilayah


Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada semua warga Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sesungguhnya Kuala Lumpur sebagai Ibu Negara dan pusat komersial, Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa dan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan adalah nadi penting kepada negara.

Wilayah Persekutuan merupakan cerminan wajah Malaysia kepada dunia, ia membentuk tanggapan pertama para pelawat, pelancong dan pelabur yang datang. Maka sebagai “showcase” negara ia harus menjadi perlambangan yang terbaik kepada kepakaran perancangan dan pelaksanaan pembangunan yang ada di Malaysia.

Kita tidak mahu Wilayah Persekutuan dikenali semata-mata melalui menara pencakar langit dan segala gejala negatif yang dikaitkan dengan urbanisasi sebaliknya kita mengimpikan Wilayah Persekutuan yang hijau, ceria dan dengan alam sekitar yang sihat. Wilayah Persekutuan yang bugar sebagai pusat ilmu, kebudayaan, kesenian, fesyen dan kulinari.

Marilah kita jadikan impian kita ini suatu realiti. Marilah kita jadikan Wilayah Persekutuan sebagai tempat terbaik untuk anak-anak kita, untuk keluarga kita. Bagi menggarap masa depan tersebut warga Wilayah Persekutuan perlu berganding bahu bersama –sama bergerak ke arah apa yang direncanakan.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate