Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Januari 2012

Lagu Cinta Muka Buku Najwa Latiff Juara AJL 26 Malam Ni ???


Jika dilihat undian yang dijalankan oleh Akhbar Utusan Malaysia nampak gayanya Najwa Latif yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku akan memenangi anugerah malam ini. Namun keputusan terakhir akan diumumkan malam ini berdasarkan undian dan juga pandangan juri profesional yang dilantik. 



Anugerah Juara Lagu kali ke 26 biasanya menampilkan juara yang membawa irama yang berlainan atau tema berbeza dari apa yang ada di pasaran. Lihat juara tahun lalu Ana Raffali sememangnya unik dengan gayanya berkurung dan juga rentak lagu yang tidak sama dengan apa yang dibawa penyanyi masa kini. 

Apa jua keputusannya kita menunggu pengumuman malam nanti yang akan diacarakan oleh Faizal Ismail dan Cheryl Samad. 

Apa kata jika Juara Lagu Kerohaniaan dibuat oleh TV9 untuk mempromosi lagu membina minda dan jiwa serta rohani rakyat Malaysia ?

Cadangan ini pasti tidak dibantah oleh sesiapa sahaja kerana kita semua mahukan negara yang selamat dan aman dan sudah tentu keselamatan dan keamanan tidak akan muncul jika kerohanian pupus dan hancur di kalangan umat Islam dan rakyat Malaysia di negara kita...

IKIM boleh berpakat dengan TV9 dan boleh disertai TV Al Hijrah untuk tujuan tersebut.

Kenapa Najwa jadi pilihan ? Mungkin lirik lagu dan penampilan beliau yang menarik perhatian pengundi memilihnya.

Lihat sudah 5.5 juta sudah menonton video klip beliau di Youtube untuk lagu 'Cinta Muka Buku'





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate