Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

29 Januari 2012

Gempar : Anwar Ibrahim Cemas Minta Hj Hadi Jangan Undur - Harakahdaily


Anwar minta Ustaz Hadi tarik balik hasrat undur

Harakahdaily, 28 Jan 2012



KUALA LUMPUR, 28 Jan:Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik hasrat beliau untuk berundur dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat," kata Anwar dalam sms beliau kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, peranan Presiden PAS itu kritikal buat pemuafakatan Pakatan Rakyat.

"Saya akan bertemu dengan Ustaz Hadi dalam waktu terdekat demi memastikan Ustaz Hadi kekal bersama pimpinan Pakatan Rakyat," tegas Anwar.



Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan di muka depan dengan tajuk Ustaz Hadi sedia undur diri.

Berikut ialah transkrip temubual Sinar Harian bersama Tuan Guru Hadi (gambar)yang dipetik Harakahdaily daripada video yang dipaparkan di Facebook Tuan Guru Presiden.

Wartawan: Jadi Datuk Seri akan tanding semulalah?

Abdul Hadi: Saya terpulang kepada parti samada atas mahupun bawah. Memang saya terlalu lama jadi wakil rakyat. Saya hitung-hitung kalau Dun, sudah 30 tahun lebih. 30 tahun Dun, sejak 82. Parlimen sudah belas-belas tahun. Sudah lama. Dan sebab itu, saya memberi tawaran – yang pertama, sama ada saya tak bertanding semua, saya boleh bergerak ke seluruh negara. Yang kedua, bertanding satu sahaja. Hah itu. Itu harapan saya kepada tu lah…

Wartawan: Bertanding parlimen atau Dun?

Abdul Hadi: Itu terpulang kepada parti menilai.

Wartawan: Adakah harapan Datuk Seri itu untuk memberi laluan kepada pemuda atau anak?

Abdul Hadi: Anak saya biar dulu. Biar dia jadi petugas parti.


ANALISA PANGLIMA :



Pertama sekali Hj Hadi ingin berundur selepas merasakan sudah terlalu lama menjawat jawatan sebagai Adun sejak 1982.

Begitu juga jawatan beliau di Parlimen Marang sudah berbelas tahun. Peliknya kenapa ia disuarakan sekarang ?

Ada cakap-cakap memberitahu Hj Hadi tidak berapa gembira apabila Anwar Ibrahim dibebaskan. Mungkin pada anggapan beliau Anwar Ibrahim akan dipenjara dan harapan Hj Hadi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan terbuka luas.

Namun dalam situasi yang ada sekarang, ditambah lagi tindakan parasit dalam PAS yang mendesak tokoh pejuang Islam seperti Dr Hassan Ali dipecat, tentu menambahkan lagi kekecewaan beliau sebagai Presiden PAS.

Ramai melihat PAS semakin hancur di bawah Hj Hadi dan tindakan terbaik sudah tentu dengan meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada orang lain. Walaupun jawatan Presiden PAS tidak akan dilepaskan.

Sekurang-kurangnya dengan mengugut ingin mengundur diri, sudah tentu orang akan berfikir ada sesuatu yang berlaku sehingga Hj Hadi membuat kenyataan tersebut.

Bagi yang cerdik sudah tentu dapat memahami Hj Hadi tidak berapa gemar dengan cara politik Anwar Ibrahim namun demi menjaga Pakatan Haram mereka terpaksalah segalanya direlakan sementara peluang merebut kuasa masih ada.

Namun dengan kehadiran Anwar di luar penjara sudah tentu beliau dapat merasa peluang untuk meraih kuasa akan makin pudar.


Kesimpulannya :

  1. Hj Hadi ingin membalas dendam kepada Anwar Ibrahim yang dilihat menekan beliau memecat Dr Hassan Ali dengan tiba-tiba sahaja mengumum hasrat mengundur diri 
  2. Hj Hadi juga ingin meredakan kegawatan dalam PAS ekoran pemecatan Dr Hassan Ali yang kini mendapat sambutan hangat di mana sahaja beliau pergi. 
  3. Hj Hadi juga seperti ingin memberitahu beliau boleh lakukan apa sahaja bukan setakat berdiam diri melihat satu persatu juak Anwar menekan beliau. 
  4. Hj Hadi seperti ingin menyindir Anwar Ibrahim yang jelas meletakkan anaknya menjadi Ahli Parlimen dengan menegaskan beliau tidak akan calonkan anaknya mengganti tempat beliau di DUN atau Parlimen. 
  5. Hj Hadi ingin mensabotaj Pakatan secara diam dengan pengumuman mengundur diri agar akidah Islam tidak digadaikan dalam perjalanan menuju Putrajaya. 



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

3 ulasan:

Wau Janak berkata...

jika zaid ibrahim tubuh parti KITA,
hadi n the geng pula akan tubuhkn parti OPAS(Old PAS), PASyO (PAS yg Original) atau PAS Baru?

nonbal berkata...

Bagiku, sebab Hj Hadi bersikap demikian adalah kerana beberapa sebab yang berkemungkinan :-
1. Beliau ingin menyindir Lebai Nik Aziz.
2. Beliau hanya merenggek meminta perhatian Anwar tersayang supaya memberi sedikit perhatian, yelahh asyik2 dok sebut pasal Kit Siang, Azmin dan Hindu Paria sja.
3. Beliau umpama cacing kepanasan, mungkin ada suara2 dalaman PAS yang sekarang dah sound kat dia tentang kepincangan PAS angkara memecat Hasan Ali.

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya hj hadi.sgt2.matang dan berjiwa besar, beliau bukan saja telah banyak bermuhasabah diri, terutamanya dalam kenyataan beliau dan kesilapan sebelum ini tentang isu mengkafirkan org UMNO. Beliau bkn sahaja sudah faham tentang politik di malaysia,.malah beliau.juga tidak mementingkan peribadi, lebih warak dan juga zuhud tetapi tidak la menunjuk2 seperti nik aziz dan juga tidak menjadikan kewarakkan dan kezuhudannya itu sebagai milage politik pada beliau.beliau tak suruh org ambil gambar semasa beliau sedang solat atau sdg berdoa kpd ALlah beliau mmg benar2 Ikhlas dlm perjuangan PAS utk memertabatkan maruah dan syiar islam. Tiada kroni anak beranak. Kalau diistiharkan harta pun beliau dan keluarga beliau tak kisah. Ini berlainan dgn nik aziz, beliau cuma berani istihar harta beliau sahaja, cuba.suruh org siasat harta isteri,anak menantu beliau, boleh tahan jgk. Itu baru perintah kelantan negeri yg miskin,, kalau perintah Selangor mungkin lain jadinya. Syabas tn guru hj hadi...

Cari Blog Ini

Translate