Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Januari 2012

Gambar DS @NajibRazak Di Kuantan Siang Tadi Umum Bantuan Baiki Rumah Nelayan




PM umum bantuan RM5,000- RM10,000 baiki rumah nelayan
21/01/2012 5:40pm


KUANTAN 21 Jan. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan antara RM5,000 dan RM10,000 untuk membaik pulih rumah kaum nelayan dalam usaha membela nasib golongan itu di seluruh negara.

Sambil menegaskan nasib golongan itu akan terus dibela di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), Najib berkata, beliau difahamkam bahawa borang permohonan untuk inisiatif yang akan dilaksanakan sedikit masa lagi itu sedang diedarkan melalui persatuan-persatuan nelayan.

"Nak buat rumah baharu boleh, tapi saya dengar khabar nelayan ni tak boleh tidur kalau tak dengar bunyi ombak, mesti tepi laut, nak pindah(kan ke kawasan lain) susah.

"Jadi, sebahagian daripada RM300 juta kita akan guna untuk menambah baik rumah-rumah nelayan di seluruh negara,” kata Najib ketika melancarkan Program Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan bertujuan membantu golongan nelayan, di Tanjung Lumpur di sini.

Perdana Menteri merujuk kepada Tabung Khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta yang diumumkan beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Oktober lepas. — BERNAMA



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

1 ulasan:

Dot berkata...

kpd yg tak percaya berita utusan ni, jgn tuntut duit bantuan tu sbb selama ni kamu orang kata utusan suratkhabar yg suka menipu. jd anggaplah berita bantuan RM300juta ni juga tak betul!! amacam puak2 di sana?

Cari Blog Ini

Translate