Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Disember 2011

@ShahrizatJalil Patut Tiru @anwaribrahim Jangan Letak Jawatan Walau Video Seks Terang Tersebar

tulisan di bawah ditulis semalam dan disiar pagi ini :




Malam ini beberapa saat sebelum pejam mata dan ketika ada beberapa detik yang boleh diguna Panglima ingin menyentuh isu NFC yang mendapat berbagai reaksi termasuk dari kalangan orang UMNO dan blogger sendiri.


Terlebih dahulu minta tolong sangat-sangat kepada anda semua, agar jangan anggap Panglima seperti anjing yang boleh diberi makanan untuk menggigit dan menakutkan orang. Kerana penulis maya yang bermaruah tidak akan meniru perangai anjing yang akan menyalak kepada sesiapa kerana diberi makan.


Dalam isu NFC beberapa fakta perlu diperhati. Antaranya serangan Pakatan dan jawapan pihak Kerajaan. Baru kita dapat menilainya dengan bijaksana bukan bijaksini sahaja.


Beberapa point perlu dilihat ialah :


Apakah projek NFC


Siapakah yang dapat ?


Kementerian mana yang lulus ?


Apakah dakwaan Pakatan ?


Apakah jawapan balas Kerajaan  ?



Setakat yang dibaca adalah jelas NFC projek baik untuk penuhi keperluan lembu halal dan berkualiti. Tetapi ia dipolitikkan sehingga ahli perniagaan pun mendapat tempiasnya. Berkebetulan pula menjadi suami kepada seorang Menteri !



Selepas itu anda perlu teliti satu lagi iaitu serangan ini yang memang jelas mahu 'membunuh' karier DS Shahrizat secara jahat.. Ia sudah tentu adalah untuk memastikan penggal kedua Nurul Izzah di Lembah Pantai, tidak akan tercabar oleh sesiapa walaupun Ketua Wanita UMNO Malaysia. Sekaligus dapat memalukan Ketua Wanita yang kini sudah menyinsing lengan membalas serangan lawan.


Demi anak, Anwar sudah tentu merencana sesuatu untuk anak-anaknya dan penggunaan Rafizi salah satu bukti bagaimana orang kesayangan beliau yang sangat dipercayai, telah melontarkan isu tersebut sehingga memanaskan  kedai kopi dan pc/tablet/hp blogger hingga berapi.


Itu pandangan Panglimalah sebelum melelapkan mata malam ini.


Sila bagi komen anda pula dan kepada yang diuji dengan fitnah, harap jangan menggelabah dan bertenanglah demi menunjukkan anda adalah di pihak tidak bersalah.


Bayangkan, isteri Rasulullah saw iaitu Siti Aisyah juga difitnah !


Kata orang lama : berani kerana benar takut kerana salah. 


Sekali lagi Panglima bukan setaraf anjing yang menyalak bila diberi makan dan menyalak dengan galak bila dapat makan dengan kenyang.


Jika anda benar, benarlah dan jika salah jangan harap anda dapat memberi upah untuk membolehkan maruah anda dapat dibersihkan.




berita berkaitan : 


http://www.malaysiakini.com/news/182765

http://www.freemalaysiatoday.com/

http://www.utusan.com.my/


 


Mohamad Salleh Ismail (tengah) pada sidang media mengenai Isu NFC sambil diperhatikan oleh Penasihat Undang-Undang NFC, Muhammad Shafee Abdullah (kiri) dan Penasihat Kewangan dan Korporat NFC, Zakaria Mohammed di Ladang NFC, Gemas, Negeri Sembilan,



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate