Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

25 Disember 2011

Kisah Anak Arnab Panglima Hari Ini di FB

Hari ini ramai telah menjenguk FB Muhammad Ali milik Panglima.

Kerana minat ikut kisah anak arnab Panglima yang asal 6 ekor tetapi telah menjadi 4 ekor sekarang.

Gara-gara tidak ada pengalaman menjaga arnab baru lahir, tersentuh dan menyebabkan ibunya menjauh.

Sebenarnya bukan mahu sentuh tetapi terpaksa demi menyelamatkannya dari terus tersepit celah besi kandangnya.

Akibatnya ibu tidak mahu menyusu.

Rupanya ramai geli tengok anak arnab termasuk isteri Panglima sendiri.

Kisah arnab memberi satu moral kepada panglima bahawa ia boleh menjadi topik yang merentasi fahaman politik sempit dan boleh menyatukan ramai orang.

Lihat skrin gambar dirakam yang menunjukkan minat ramai orang yang mencelah dengan komen kerana topik yang diterbitkan. Tanpa terkeluar perkataan kepartian.

Kerana itu jangan terlalu berbicara satu topik sahaja tetapi sentuhlah semua isu yang disukai ramai yang boleh menjadi titik temu antara umat dan bangsa Malaysia.

Sesuatu perkara terlalu pahit,masin,masam,manis tidak baik dan wasatiyyah (sederhana) jua yang menjadi jawapan terbaik dalam membuat pilihan untuk berperang dalam alam maya.

Bak kata Nabi : sebaik-baik pekerjaan ialah yang sederhana.

Namun bab ibadat kena dua derhana ( hehe ) kerana ia demi mendekatkan diri kepada Allah asal tidak menyakitkan diri.

Salam perpaduan 1Malaysia dan mari bersama mencari titik perpaduan mengelak titik bengik perselisihan.

Demi keamanan dan kemakmuran berpanjangan!

1 ulasan:

Salah Ad-din berkata...

salam perjuangan. Sila lawat blog saya. tk

Cari Blog Ini

Translate