Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Disember 2011

Giliran Hj Hadi Pula Tempelak Dr Hassan Ali?

Dalam Sinar Harian semalam ditulis :


Tarikh : December 23, 2011SHAH ALAM – Seluruh anggota Pas diingatkan supaya mengikut haluan dan hala tuju parti serta cara perjalanannya yang tersendiri, berlandaskan Islam secara feqah dan bukan hanya berpaksikan semangat tanpa ilmu dan fahaman sahaja. 


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sesiapa yang berlagak pandai dan menganggap dirinya paling bijak dalam Pas pasti tersungkur serta menjadi mangsa serigala politik musuh.


Menurutnya, setiap ahli seharusnya menyedari bahawa tindakan bersendirian dengan membelakangkan parti pasti akan gagal namun Pas tetap selamat dan menjadi parti Islam yang makin gagah perkasa.


“Seluruh ahli Pas wajib bertambah yakin bersama perjuangan di atas bahtera parti dengan setiap pengalamannya walaupun tidak diberi hak yang adil, inilah sifatnya  perjuangan Islam.


“Pas telah berjaya menghadapi semua pengalaman di sepanjang perjuangannya sejak ditubuhkan, sama ada secara bersendirian, bersefahaman  dengan kerajaan, pembangkang dan NGO, Islam atau kalangan bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


http://www.sinarharian.com.my/


Cuma adakah benar ini kenyataan Haji Hadi atau ia kenyataan yang ditulis pihak tertentu untuk hentam Dr Hassan Ali?


Jika benar maka jelaslah PAS sudah tersepit celah kangkang kafir harbi DAP yang masih belum menarik penentangannya terhadap Negara Islam berbeza dengan UMNO yang mengisytiharkan terang-terangan bahawa Malaysia ialah negara Islam.


PAS sudah mati semangat Islamnya selepas bersahabat dengan DAP!


Published with Blogger-droid v2.0.2

3 ulasan:

hilbert berkata...

Salam bro Pang5,

patutnya Hj Hadi Awang hentam juga Datuk Nik Aziz, pasal orang tua tu juga sering menganggap dia lebih pandai serta tahu segala pasal Islam malah dah pun diisytihar sebagai nabi oleh penyokongnya.

Apa kurangnya Hj Hadi sendiri yang pernah menghina rakyat Sarawak seketika dulu bila mengaitkan dengan pakaian tradisi cawat,,,beliau juga patut sedar siapa diri beliau sendiri

Makan Cabai berkata...

Salam bro, tolong sebar kempen ni.

http://mintcandycandy.blogspot.com/2011/12/selamatkan-mahasiswa-kita-ayuh-sebarkan.html

Tanpa Nama berkata...

Pas sudah rosakkkk...

dibelakang tak henti2 sebut islam tapi bila didepan abang besar Dap nak sebut perkataan islam pun boleh terlupa...

Pas hipokrit.... hanya menggunakan islam demi kepentingan politik

Pas hanya menunggu masa utk rebah

Cari Blog Ini

Translate