Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 November 2011

PAS Mula Tentang Anwar Isu Hudud - Alhamdulillah

Hudud: PAS Johor Tempelak Anwar

PETALING JAYA: PAS Johor menempelak kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak kemungkinan agenda hudud dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat.

"Hudud ini ada dalam PAS dan PAS berada dalam Pakatan Rakyat. PAS dalam perlembagaan dengan jelas mahu melaksanakan hukum-hakam Allah," kata Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mohamad sambil merujuk kepada Fasal 5 perlembagaan parti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar merangkap Ketua Umum PKR yang dilaporkan media sebagai berkata bahawa agenda hudud tidak ada tempat dalam Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata demikian dalam satu sesi dialog bersama pemimpin masyarakat Cina dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya kelmarin.

Bagaimanapun, Mahfodz mengakui bahawa parti komponen Pakatan Rakyat belum mencapai kata sepakat dalam pelaksanaan hukuman hudud dan menyatakan bahawa penekanan terhadap pelaksanaan hudud adalah menurut kesesuaian.

Menurut beliau, Anwar sendiri tidak mempunyai sebarang halangan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan. Tambahan pula agama adalah di bawah bidang kuasa negeri.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan Tantawi langsung tidak tahu menahu mengenai kenyataan Anwar itu.

"Saya tidak pernah dengar Anwar kata begitu," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian dilaporkan berkata bahawa undang undang hudud tidak dibincangkan sewaktu penubuhan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun katanya, ini tidak bermakna PAS menolak hudud kerana perkara itu boleh dibincangkan dalam Pakatan Rakyat pada masa depan – FMT


Panglima : Nampaknya Pas mula sedar siapa Anwar dan bagaimana pendiriannya yang bercanggah dengan cita-cita Pas perjuangkan hukum Islam.

Alhamdulillah.

Pas jangan biarkan masa depannya dimusnahkan oleh sekutunya sendiri dan mereka perlu sedar siapa kawan dan siapa pula lawan.

Jika masa depan Pas makin gelap dan rugi akibat bersepakat dalam Pakatan maka eloklah difikirkan semula kerjasama yang dijalinkan.

Jangan kapal tenggelam baru dicari sampan.

Syabas Pas Johor atas keberanian menentang Anwar Ibrahim yang tidak menerima hudud dilaksana dalam pemerintahan Pakatan PasPkrDap.

Rupanya ada juga seorang dua yang berani menegakkan kebenaran meskipun pemimpin yang lain masih diam membisu walaupun dapat melihat parti mereka semakin hancur.

Susah mahu ditemui orang berjiwa besar seperti Pas Johor yang sanggup berlawan dengan ketua umum PKr yang sedang menunggu keputusan kes liwat..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate