Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 November 2011

NFC Jadi Kambing Hitam Akibat Dendam Bekas Kakitangan - Malaysiakini

NONE

sumber : Malaysiakini

Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Seri Mohammad Salleh Ismail menyalahkan dua bekas kakitangannya yang didakwa menjadi punca tercetusnya kontroversi berhubung kewangan syarikat.

"Isu ini mungkin berpunca daripada tindakan dua bekas pekerja NFC yang belot dan cuba sabotaj syarikat.

"Kami percaya mereka memberitahu semua hal ehwal kewangan syarikat kepada pihak pembangkang atas perasaan tidak puas hati terhadap syarikat," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.


Mohammad Salleh berkata NFC telah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Ditanya, mengenai desakan supaya isterinya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang juga menteri pembangunan wanita, meletak jawatan, Mohammed berkata beliau tidak berhak untuk komen.

“Ia melibatkan isteri sya dan perdana menteri serta timbalan perdana menteri. Apa-apa pun keputusan Shahrizat, saya akan sokong 100 peratus,” katanya.





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

2 ulasan:

Bingai @ Bangang berkata...

Report, Datok. Jangan biarkan pihak yang tidak amanah membocorkan rahsia syarikat sewenang-wenangnya.

Tanpa Nama berkata...

Itulah lain kali kena jaga kebajikan perkerja2 tu dan baik! ;)) kan ..kan ...kan dah SUSAH! eheheheh!!!

Cari Blog Ini

Translate