Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 November 2011

MyVo1ce : Kenyataan Media Yang Di Pertua 1AGENDA cc @NajibRazak


Untuk makluman rakan-rakan dan para sahabat Blogger semua, Konvensyen Media Sosial 1Malaysia (KMS1M) adalah program Pertubuhan Agenda Sosial Media 1Malaysia (1AGENDA) dan bukan diinisiatifkan oleh mana-mana Kementerian seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

YB Dato' Mohd Sharkar dilantik Pengerusi kerana kapasiti beliau sebagai EXCO IT Negeri Pahang merangkap Ahli Kehormat Kelas Pertama 1AGENDA. YB Dato’ Sharkar juga menepati criteria kerana beliau bergiat serius di dalam facebook, twitter mahupun blog.

Saya sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Peserta dan Pendaftaran, terlibat secara langsung dengan kehadiran Peserta dan Tetamu. Saya mengaku terdapat keciciran di dalam menyenaraipendekkan tetamu jemputan.

Untuk makluman, kebanyakan yang dijemput (rakan-rakan Blogger) adalah melalui sms dan bbm.

Saya memohon maaf jika terdapat keciciran dan inisiatif melancarkan MyVo1ce adalah untuk memastikan mesej dan networking jentera perlaksaan 'psiwar' pro BN digerakkan secepatnya.

Tidak terlintas untuk 'sideline'kan sesiapa dan mengakui ianya adalah kesilapan dan salah faham semata-mata.

1AGENDA mengiktiraf Semua rakan Penulis dan penggiat media sosial terutama rakan-rakan yang telah lama berjuang menulis untuk membantu mempertahankan dasar-dasar Kerajaan BN yang kita kasihi.

Sesuai dengan pengiktirafan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Najib kepada semua Penggiat Media Maya sebagai ‘new army untuk Barisan Nasional, saya menyeru agar kita semua (Penggiat Media Maya) untuk bersatu dan bersama-sama ‘turun padang’ untuk menyampaikan maklumat tepat dan cepat sekaligus menafikan kepalsuan dan pembohongan yang dilakukan oleh pihak tidak senang melihat kejayaan Gagasan 1Malaysia.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk membetulkan kekeliruan berikutan kehadiran YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Rais Yatim pada Majlis ini adalah di atas jemputan Jawatankuasa dan bukannya sebagai Penganjur.

Program ini berkait dengan Kementerian berkaitan yang mengawalselia media sosial.

Harap Maklum. Sekian dan Wassalam.




Zul Azhar bin Cha

Yang Di Pertua

http://www.1agenda.org.my/index.php/kenyataan-media/119-myvo1ce-kenyataan-media-yang-di-pertua-1agenda

Panglima menyokong usaha menyatukan blogger berbagai kem dalam parti. Usaha Myvo1ce yang dirasmi sendiri oleh YAB PM sangat bagus untuk menjayakan hasrat tersebut. 

Politik sesama blogger jangan sesekali dijadikan batu penghalang kepada kejayaannya. 

Tumpukan usaha menentang Pakatan Haram bukan bertelagah sesama kita. 

Jika ada yang masih degil, maka memerangi golongan ini adalah PILIHAN TERAKHIR yang wajib dibuat untuk memastikan tidak ada batu api dalam sekam perjuangan Agama Bangsa Tanah Air...


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate