Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 November 2011

Kisah Hijrah Blogger Minda-Hijrah Keluar PKR

Berikut tulisan Blogger Minda-Hijrah Rocky-Chedet tentang  penghijrahan beliau :  http://minda-hijrah.blogspot.com/2011/11/kisah-hijrah-saya.html   

Tidak ramai yang mengetahui latar belakang politik saya dan tidak ramai yang ambil kisah kerana selama ini saya mewakili Kelab Chedet yang genuine dalam perjuangan.

Pernah saya ceritakan kepada rakan2 bahawa sebenarnya saya berjuang atas platform PKR sejak zaman reformasi 1998 ketika saya di tahun 2 UKM sehinggha 2008. Dan mereka bagaikan TIDAK PERCAYA.

Saya terlibat secara langsung penubuhan cawangan ke 3 PKN yang diluluskan PKN di n9 pada 2002 dengan menjadi S/U cawangan, AJK Bahagian Seremban dan Exco Pemuda Negeri. Semuanya berlaku dalam penglibatan awal dalam politik bersama Keadilan. Malah ada rakan dlm PKR berseloroh berkata bahawa saya patut jadi YB DUN Paroi yg dimenangi YB Taufik dari PAS jika saya masih aktif. Masakan tidak kerana saya begitu aktif dalam sejak 2002 ketika Keadilan dalam keadaan susah dan pengorbanan masa serta wang ringgit yg saya lakukan demi perjuangan menentang UMNO dan BN.

Persoalannya kenapa saya berubah fikiran menolak prinsip perjuangan yang saya percaya selama 10 tahun dgn menyokong UMNO? Bagaimana mungkin saya boleh berubah dr menjadi penyokong kuat DS Anwar Ibrahim dan KINI menjadi penyokong setia TUN MAHATHIR ?

Semuanya kerana Allah gerakkan hati saya utk hadir dalam sessi Teh Tarik Kelab Chedet dalam bulan April 2009. 4 bulan selepas itu saya dilantik sebagai EXCO Penerangan Kelab Chedet oleh Tuan Presiden Kelab Chedet, jawatan yg saya sandang hingga kini. Ironi saya juga menjadi Pengerusi sessi TT Kelab Chedet.

Saya tidak berubah. Saya sebenarnya berHIJRAH setelah KEBENARAN disampaikan kepada saya. Cerita tentang Tun Mahathir yang maki hamun selama ini ternyata PALSU! Saya tidak toleh ke belakang lagi dan terus mara bersama Kelab Chedet demi menebus kesilapan lampau saya.

Sejak itu juga saya faham kenapa Allah perintahkan HIJRAH seperti yg disebut dalam AL-Quran. Saya percaya ganjaran HIJRAH ini bukan ganjaran dunia tetapi bekalan saya apabila menemui Maha Pencipta di padang Masyat kelak.

Terima kasih Presiden Kelab Chedet, Bentayan dan SU kelab Chedet, Kuda Hitam serta EXCO dan rakan Kelab Chedet yg menyokong saya selama ini. Terima kasih juga kpd saudara Razman Hakimi Abdullah yang banyak membantu saya. Dan tidak lupa kpd semua yang mengenali saya terutamanya rakan2 media sosial dan jentera UMNO dan BN.

Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua.

Inilah kisah HIJRAH saya. :)

Panglima : semalam dalam perutusan DS Najib Tun Razak menyamakan transformasi yang dibuat oleh Kerajaan dengan konsep 'hijrah'... 

" Hari ini, kita sedang menyambut Maal Hijrah 1433H bersamaan 2011M. Bagi kita, sambutan ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang telah mengubah senario dan lanskap dunia. Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah dan mampu memerintah dan mentadbir Madinah sekaligus memiliki kerajaan sendiri. Makanya umat Islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan dakwah Islam ke mana sahaja.

Begitulah juga kita. Jika kita tidak berani melakukan penghijrahan dan transformasi di dalam negara, maka bangsa kita akan ketinggalan. Sebab itulah kita berhijrah dengan melaksanakan Agenda Transformasi Negara menerusi beberapa pelan tindakan yang kukuh meletakkan Malaysia di landasan tepat dalam pelbagai bidang terutama ekonomi. "

iaitu pada pandangan panglima ialah = Merubah sesuatu yang tidak melibatkan luaran tetapi isi dalamannya.

transformasi atau hijrah kerajaan tidak melibatkan perubahan kepimpinan tetapi cara pendekatan yang diguna, dari peringkat atas ke peringkat bawahan.

Semoga kisah di atas memberi semangat untuk berhijrah / transformasi diri dari yang buruk kepada yang lebih baik. Negara kita tidak perlu diubah kepada yang DAP PKR PAS kerana sudah berubah dengan program 'hijrah' yang disebut dengan perkataan modennya - transformasi.

Salam Ma'al Hijrah 1433 H kepada semua pembaca blog panglima.

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate