Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 November 2011

Blogger Tulang Makin Gila Puji Syaitan Percaya Hari Kiamat !

Apa nak jadi kepada blogger Pas ini.

Demi memburukkan UMNO beliau sanggup menyamakan UMNO dengan syaitan.

Dalam email kepada group Perisik Rakyat beliau menulis syaitan juga percaya hari kiamat.

Adakah ini bermakna syaitan pun beriman ?

Memuji syaitan dan membandingkan UMNO dengan syaitan adalah perbuatan tidak pernah dibuat oleh bukan Islam.

Namun demi bela DAP penulis Tulang Besi sanggup samakan UMNO dengan syaitan.

Kita tunggu siapakah yang akan bersama syaitan dalam neraka samada UMNO yang tegas pertahan kalimah Allah dari diguna oleh Gereja atau anda yang saban hari membela musuh Islam bertaraf kafir harbi nama DAP.

Nik Aziz pasti suka melihat ada pengikutnya yang membela syaitan selepas beliau juga tidak kisah berkawan dengan syaitan untuk jatuhkan UMNO/ Barisan.

Jangan kata Pas Parti Ajaran Syaitan SeMalaysia kerana mereka sejak dahulu guna nama Parti Iselam selepas keluar dari UMNO.

Pas kini sudah gagal menyelam inti perjuangan Al Quran dan Sunnah yang ditinggalkan Nabi Junjungan gara-gara terlalu ghairah mengejar kuasa sehingga menghina agama kita.

Islam not for all tetapi Iselam Pas ok for all !

'Hiduplah syaitan' kepada Encik Tulang Besi dan syabas kepada Pas yang telah berjaya capai KPI untuk laksana ajaran Penasihat tidak rasmi mereka (syaitan) yang mahukan umat Islam berbalah sesama sendiri serta menimbulkan kemarahan antara kita.

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

(surah al maidah ayat 91)

Siapa rajin boleh pergi web searchtruth.com tulis syaitan dan permusuhan tentu akan jumpa ayat yang membenarkan perkataan Panglima.

Ingatlah :

"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,
maka jadikanlah ia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya);
sebenarnya ia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. "

[Fatir 35:06]
 
UMNO komited menyatukan ummah tetapi PAS dengan bongkak menentang salam persaudaraan saudaranya lantaran mengikut ajaran syaitan.

Sekali lagi PAS mengikut sifat bongkak syaitan. Demi mengejar kuasa dan kekayaan.

1 ulasan:

anak kel berkata...

PAS
p parti
A ajaran
S syaitan

Cari Blog Ini

Translate