Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Oktober 2011

Ulasan Dr Asri Tentang Penggantungan Dr Aziz Bari




Oleh G Manimaran
October 20, 2011

Gantung Aziz Bari tindakan UIA paling tidak tamadun, kata Dr Asri
TERKINI @ 11:36:29 PM 20-10-2011


KUALA LUMPUR, 20 Okt – Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kini mengikuti program felo di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) menyifatkan tindakan pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung perkhidmatan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai “satu tindakan paling tidak bertamadun dalam dunia akademik.”

“Saya membaca berita penggantungan Prof Dr Aziz Bari. Bagi saya itu adalah satu tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik.

“Ternyata perlantikan ‘kepimpinan baru di UIA’ itu tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik,” kata beliau (gambar)dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bekas penuntut UIA berkata, kepimpinan pusat pengajian tinggi itu sekarang tidak di bawah orang yang terbilang dari segi pemikiran dan dunia ilmu, sebaliknya orang yang berpotensi melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan dengan norma dunia akademik.

Tambah beliau, tindakan ke atas Aziz merupakan “sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita.” “Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad. Tindakan ini adalah tindakan mengampu,” kata beliau lagi.

Asri yang juga tenaga akademik Universiti Sains Malaysia menambah, “setahu saya rektor UIA sekarang merupakan ahli MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).”

“Saya bimbang ada kepentingan konflik dalam tindakan terhadap Prof Aziz,” kata beliau sambil menambah, Malaysia hanya mencampak diri ke zaman kegelapan Katolik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas tuduhan derhaka kepada istana dan heresy kepada agama.”

Katanya, sebagai lepasan UIA, beliau rasa telah berlaku kesilapan besar dalam pengurusan akademik di universiti itu hari ini.

“UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia, telah bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran,” tambah beliau.

UIA menggantung tugas Aziz sehingga siasatan ke atas beliau diselesaikan, berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor minggu lalu.

Perkara itu terkandung dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada beliau petang semalam.

Beliau juga ditegah masuk ek UIA sehingga kesnya selesai.



Panglima : dua dua doktor ni tak boleh dipakai... Kerana sering menimbulkan masalah dari menyelesaikan masalah. Dua dua jenis suka bercakap cari populariti dan sanggup kritik sesuka hati tanpa berpandukan hujjah akademik walau menjadi ahli akademik.

Adakah kerana terlalu tinggi belajar menjadikan Dr Asri jadi terlalu bodoh hingga sanggup mengkritik tindakan UIA menggantung Dr Aziz Bari ? 

Wallahu A'lam. 

Begitu juga adakah kerana terlalu rapat hubungan dengan Anwar menyebabkan Dr Aziz Bari sanggup menghina Sultan Selangor atas tiket 'Pakar Perlembagaan' ??? Kisah lanjut klik sini http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/ 


Di mana Dr Asri ketika tiga pensyarah Unisel cuba dilucutkan jawatan atas arahan Kerajaan Pakatan yang bertukar perletakan jawatan NC Unisel yang enggan tunduk arahan memecatnya ?



Nak tahu masalah Dr Asri sila klik sini http://www.tranungkite.net/ 

Isu Dr Aziz Bari adalah tindakan institusi bukan Kementerian. 

Sila baca komen Menteri KPT (klik sini)  tentang soal penggantungan Dr Aziz Bari : 

“Ahli akademik bebas memberi kenyataan media atau bercakap kepada pihak awam berasaskan ilmu atau bidang kepakaran mereka, tetapi pengurusan universiti juga bebas mengambil tindakan disiplin jika mendapat reaksi negatif masyarakat atau pihak berkuasa. Terserah kepada institusi masing-masing. Jika bercakap dalam bidang kepakaran tiada masalah. Jika bercakap dalam soal lain sebagai anggota masyarakat, dia terdedah kepada pelbagai komen, reaksi dan sebagainya. Kementerian serah kepada institusi (untuk bertindak),”

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate