Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Oktober 2011

PERKASA Makin Diperkasa Dengan YB Zulkifli Nordin Sebagai Naib Presiden


PERKASA mendapat suntikan baru dalam kepimpinannya menerusi perlantikan Datuk Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu sebagai Naib Presiden.
Gandingan Zulkifli dan Presiden sekarang, Datuk Ibrahim Ali yang sentiasa vokal dalam sidang Dewan Rakyat  dikatakan akan menjadikan pertubuhan berkenaan lebih mantap.
Perlantikan Zulkifli untuk mengisi jawatan berkenaan dibuat menerusi usul tergempar oleh seorang ahli Dewan Tertinggi Perkasa Zahid Md Arip pada Perhimpunan Agung Perkasa di Kuala Lumpur Rabu.
Usul itu telah diluluskan sebulat suara.
Zulkifli yang kebelakangan ini kelihatan menyertai beberapa acara Perkasa turut hadir pada perhimpunan itu.
Perlantikan Zulkifli adalah bagi mengisi kekosongan salah satu daripada lima jawatan Naib Presiden  ekoran perletakan jawatan Datuk Mokthar Samad tidak lama dulu kerana terikat dengan komitmen tugas lain.-26/10/2011


Panglima rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada YB Zulkifli Nordin yang terus aktif mempertahankan agama Islam dan bangsa Melayu di mana jua beliau berada.

Perlantikan ini diharap dapat mampu memperkasakan lagi PERKASA sebagai sebuah NGO untuk mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu dan juga menjaga kebajikan seluruh bangsa ini dari ancaman bangsa lain yang tidak pernah puas dengan apa yang mereka perolehi.

Pemuafakatan umat Melayu dalam NGO seperti PERKASA akan menggentarkan musuh Islam dan musuh Melayu dari membuat apa sahaja yang boleh mencabul kesucian agama dan bangsa kita.

Tahniah YB Zulkifli !!!



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate