Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

23 Oktober 2011

(Mesti Baca) 10 Deklarasi HIMPUN 2011 Dan Video-Video Berkaitan Semalam

DEKLARASI Himpunan Sejuta Umat :-

Bahawasanya, Islam adalah risallah Illahi yang dengan rahmatNya telah mengangkat martabat bangsa Melayu dan semua bangsa yang lain dengan mesej "Rahmatan lil' alamin". Lantaran itu hanya dengan menghayati dan mengamalkan Islam sepenuhnya sahaja merupakan satu-satunya jalan untuk menjamin kemuliaan, keselamatan, kejayaan dan kehormatan bangsa Melayu mahupun mana-mana bangsa yang lain di negara ini.

Menginsafi bahawa asas pegangan umat Islam adalah Aqidah Tauhid yang menjadi tunjang kepada seluruh pegangan hidup umat Islam dan prinsip ini tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Bahawa kedudukan istimewa dan status yang khas agama Islam sebagai agama Persekutuan telah ditetapkan sejak dari kemerdekaan Negara ini dan ia wajib dipertahankan oleh setiap warga Muslim dan dihormati oleh semua warga Malaysia.

Bahawa penyebaran agama lain dari Islam kepada orang Islam dengan tujuan memurtadkan orang Islam adalah dilarang sama sekali berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Islam berpendirian tegas terhadap gekala murtad dan pemurtadan yang dianggap jenayah berat yang perlu diperangi habis-habisan. Pelanggaran terhadap peruntukan ini boleh mengundang kepada tergugatnya keselamatan nasional dan mengundang ketegangan agama di Negara ini.

Bahawa kami, pada hari ini, 24hb Zulkaedah 1432H bersamaan 22hb Oktober 2011 di Stadium Shah Alam Selangor Darul Ehsan, di dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah (HIMPUN), bersepakat dan mengambil ketetapan untuk:

Pertama: Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan raja-raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang tubuh negeri.

Kedua: Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yg tertinggi di dalam Islam dan perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam Negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Ketiga: Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, hendaklah memastikan supaya Undang-Undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

Keempat: Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kelima: Menuntut agar sistem pendididkan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada Aqidah Tauhid dan penerapan aqidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

Keenam: Meminta kerajaan mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

Ketujuh: Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kesucian islam.

Kelapan: Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutama ibubapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman islam yang syumul agar membentengi anak dan waris terdekat dengan daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan aqidah.

Kesembilan:Menggesa kerajaan supaya membantu dan mengawal aktiviti pihak media samaada media samaada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut undang-undang yang ada.

Kesepuluh: Menyeru seluruh umat islam yang hadir di perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama BERSATU menyongsong tugas berat mempertahankan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

*Deklarasi ini dilafazkan oleh Pengerusi bersama Perhimpunan Sejuta Umat, Mohd Azmi Abdul Hamid kepada kira-kira 5,000 orang peserta dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah, di Stadium Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.




video lain yang dihasilkan untuk HIMPUN : 


http://www.youtube.com/watch?v=9F8M2k6QN0w&NR=1

http://www.youtube.com/watch?v=0CBIcYlmziA&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=jgESidgj89E&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=kExlS-ghMPg&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=JxSG5W3_Nc0&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=PtS43C8KnU4&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=O_osA-IqwyA&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=twuBtLyQJwU


PANGLIMA :

PATI PERHIMPUNAN SEMALAM SANGAT JELAS IAITU :

MASALAH MURTAD PERLU DISELESAIKAN DAN AKAN SELESAI APABILA UMAT ISLAM MENGENEPIKAN PERBEZAAN POLITIK DEMI MEMELIHARA AKIDAH UMMAH...

MAKA MARI KITA BERSATU SEBAGAI 1AGAMA 1AKIDAH 1UMMAH UNTUK MISI MEMERANGI MURTAD DI KALANGAN UMAT ISLAM INI.


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate