Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Oktober 2011

Intipati Bajet 2012 Untuk Menjawab Kritikan Pakatan Yang Tidak Munasabah


Panglima : perincian intipati Bajet 2012 diharap dapat diguna untuk memberitahu rakyat apakah yang kerajaan telah rancang untuk kehidupan mereka. Keutamaan dalam bajet ini tetap diberi kepada rakyat agar mereka terus hidup dengan selesa meskipun dunia dilanda kemelesetan khususnya di negara tonggak ekonomi dunia Uncle Sam iaitu Amerika Syarikat. 

Kejayaan dicapai Malaysia bukan datang bergolek dan sebagai rakyat kita perlu berbangga dengannya bukan menabur kritikan terhadap negara yang sudah banyak berjasa kepada kita. Kejayaan ini berkat kebijaksanaan pemimpin kita dalam mencari jalan menjana pendapatan negara.

Bantuan anda semua untuk menerangkan tentang ekonomi kepada rakyat yang tidak mampu menilai dengan tepat segala tindakan kerajaan buat semoga dihargai Allah hendaknya. Jika tidak mereka akan fikir pembangkang lebih hebat merancang walhal perancangan mereka buat seperti di dalam buku Jingga hanya akan merancang kebangkrapan negara serta merta apabila dilaksanakan oleh mereka.

Negara masih lagi banyak simpanan rizabnya walaupun pembangkang cuba gambarkan sebaliknya. PM dalam pembentangan bajet telah nyatakan rizab antarabangsa kita terus kukuh dan mencatat 414.5 bilion ringgit pada 15 September 2011, mampu membiayai 9.5 bulan import tertangguh serta 4.5 kali hutang luar jangka pendek. Pendapatan per kapita dianggarkan meningkat kepada 28,725 ringgit pada tahun 2011 berbanding 26,175 ringgit pada tahun 2010.


PM juga telah jelaskan kepada rakyat bahawa Pelaburan langsung asing (FDI) juga telah berkembang 6 kali ganda kepada 29 bilion ringgit pada tahun 2010, mencatat pertumbuhan yang tertinggi di Asia. Kemasukan FDI terus melonjak kukuh sebanyak 75 peratus kepada 21.2 bilion ringgit dalam tempoh 6 bulan pertama 2011 berbanding 12.1 bilion ringgit bagi tempoh yang sama tahun 2010.


Tidak hebatkah lagi Kerajaan sedia ada sekarang yang terbukti mampu mencipta kejayaan berkat sokongan semua bangsa dan agama 1Malaysia untuk anda menukarkannya kepada Pakatan yang begitu bermasalah bermula dari diri dan juga parti mereka  ???  Jangan tukar kerajaan seperti tukar kenderaan dan pastikan keyakinan anda kepada kerajaan diterjemah kepada undi BN dalam PRU13 nanti.



Berikut intipati Bajet 2012 untuk rujukan anda semua :

Jumlah bajet - RM232.8 bilion

Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion



Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia adalah paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.



Kerajaan jangka pertumbuhan ekonomi terus mantap – antara 5 dan 5.5 peratus tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.


Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.

Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek, iaitu lebuh raya JB-Nusa Jaya, muzium warisan Taiping, projek agropolitan Besut, projek tandan sawit Lahad Datu dan bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.

RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara.

Felda
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen

600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi

Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.



Untuk ucapan penuh Bajet 2012 oleh YAB Perdana Menteri sila klik sini :




Sekian, mohon disebarkan !!!

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate