Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Oktober 2011

Alhamdulillah Malam Ini Allah Bagi Peluang Panglima Masuk Dalam Kaabah

Alhamdulillah malam ini malam bertuah kerana dengan izin Allah Panglima seperti telah diberi peluang masuk ke dalam Kaabah yang mulia dengan melihat video di bawah.


Seperti artikel sebelum ini di blog Panglima telah siar artikel Tun Mahathir antara orang bertuah diberi peluang solat dalam Kaabah. Lihat gambar beliau keluar Kaabah di bawah :




Tentu tidak ramai orang mendapat kelebihan sedemikian kecuali orang yang diberi kurniaan oleh Allah sehingga membuka jalan kepadanya untuk memasuki Rumah-NYA yang menjadi kiblat umat Islam sedunia.


Allah tidak bertempat tetapi Kaabah digelar Rumah Allah tanpa menimbulkan sangkaan bahawa Allah bertempat atau berhajat kepada rumah dan sebagainya.


Saksikan video masuk ke dalam Kaabah dan semoga Allah memberi kita peluang mengunjungi Mekah dan menunaikan solat di dalam Kaabah walaupun tidak dapat di dalamnya.


Selamat berhaji juga kepada blogger RBF dan AnakBukitGantang dan semoga mereka berdua berdoa untuk keamanan dan kemakmuran Malaysia Insya Allah.




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate