Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 September 2011

PM Nafi Lulus Cukai 6% Prepaid Telco Dan Minta Ia Dikaji Semula !!!





KUALA LUMPUR, 9 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

“Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.”

“Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat,” katanya selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di sini hari ini.

Najib berkata kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6.0 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

“Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri,” katanya.


Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi hari ini yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

sumber : http://sejarahmelayu.blogspot.com/ 




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sorilah nak tanya ckp sikit, sapa menteri yg uruskan pasai cukai, bkn PM @ MoF?? Postpaid dah lama bayo 6%. Apa kes ASTRO pulak, yg kecoh2 dulu???

PenganutPAS berkata...

sebaik saja isu ini timbul , maknanya kita dah jerat leher kita sendiri. ibarat , hari yang terang dah bertukar jadi mendung . jangan sampai hujan turun mencurah bumi .

Tanpa Nama berkata...

Yg pakai post-paid line..dah lama kena byr 6% nie...tapi kenapa tak jadi isu..

Dear valued customers,

Kindly be informed that in accordance with the Government Gazette Order P.U. (A) 411, the rate of service tax on taxable
services will be increased from 5% to 6% effective from 1/1/2011. For existing postpaid subscribers, the new service tax
rate will only be charged effective from February 2011 bills onwards. For further details, please refer to the Customs
website http://www.customs.gov.my

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya kebanyakan menteri dalam UMNO nie bodoh-bodoh belaka, Mustahil tak tahu... apa menteri buat, goyang telor dan makan gaji buta...

Panglima Perang Cyber berkata...

PM dah minta kaji.kita tunggu apa komen telco

Cari Blog Ini

Translate