Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 September 2011

Nik Aziz Mahu 'Bakar' Pakatan Rakyat Bila Desak Laksana Hudud ???

Blogger kegemaran saya RBF menulis tentang isu hudud yang disebut semula oleh Nik Aziz selepas Negara Islam sudah tenggelam di blog beliau di sini 

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/ 


Antara lain beliau berkata :


Semalam Nik Aziz bersuara meminta agar PM membenarkan hukum hudud dilaksanakan. Semuanya gara-gara laporan dari Majlis Aids Malaysia yang mengatakan Kelantan mencatat bilangan pesakit HIV paling tinggi dalam Malaysia pada tahun 2010. Untuk pengetahuan anda semua bukan sahaja tahun 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada tahun 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang oleh mereka. Sini


Seperti biasa, sebagaimana yang kita kenal dengan perangai pemimpin dan penyokong-penyokong Pas, apa sahaja yang buruk akan dilemparkan kepada Umno atau BN.

Nik Aziz kata punca HIV tinggi di Kelantan kerana mereka gagal melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan oleh Dun Kelantan pada 1993 kerana halangan dari PM ketika itu , Tun Dr M.

Sinar Harian 18 September 2011


Cuba anda bayangkan sekiranya laporan-laporan akhbar atau berita yang tersiar beberapa hari lepas melaporkan Kelantan mencatatkan bilangan paling rendah penghidap HIV dalam Malaysia, apa mereka akan kata ?

Mereka akan kata "inilah berkat pemerintahan tok guru dan kerajaaan islam di Kelantan". Tetapi apabila akhbar laporkan Kelantan yang paling tinggi , terus kesalahan diletakkan ke atas hudud dan Tun Dr M. Mereka hanya nak yang baik-baik untuk mereka. Yang buruk semuanya milik orang lain.

Mengikut laporan dari Majlis Aids Malaysia bagi setiap 100,000 orang penduduk Kelantan 28.8 orang dari mereka menghidap Aids. Jauh melebihi negeri-negeri lain yang mempunyai bilangan penduduk yang jauh lebih ramai dari penduduk Kelantan, serta negeri mereka tidak dipimpin oleh seorang tok guru yang sering melaung-laungkan menjalankan pemerintahan secara islam.

Mungkin akan ada yang berkata Pahang pun mencatatkan bilangan pesakit HIV yang tinggi juga, 24 orang bagi setiap 100,000 ribu orang. Ya benar, saya setuju. Tetapi MB Pahang tidak salahkan orang lain dan menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Yang lebih mustahaknya, MB Pahang tidak pernah mendabik dada mengatakan dia seorang tok guru yang menjalankan pemerintahan secara islam atau mencipta pelbagai slogan-slogan islamik untuk menggambarkan betapa islamnya dia.

Berbeza dengan Pas yang siang malam melaung-laung hanya mereka sahaja yang islam dan menjalankan pentadbiran secara islam yang berjaya sehingga Nik Aziz berkata jika Umno merampas Kelantan dari mereka melalui pilihanraya ianya tidak akan diberkati Allah kerana Umno menentang Islam (Pas).





Baca lagi tulisan RBF yang mantap ini di blog beliau :



http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/09/cabar-pas-berdemo-untuk-desak-kerajaan.html


Kita tunggu apa komen niat PAS nak buat hudud yang ditentang oleh DAP !!!





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih



1 ulasan:

Pusaka Ibunda berkata...

Apa pula hudud dan tun m yang disalahkan,bagaimana pula dengan negeri yang terendah kadar aids nye? adakah kerana nik ajis ke?

Cari Blog Ini

Translate